Saturday, 2 November 2013

DBFA-Bab 4



Salman tidak lelap tidur sejak malam tadi.dia tidak sangka Armand sanggup melarikan Adia dari event semalam.Dia mahu Adia tahu yang lagu itu tanda maaf darinya.Belum pun habis lagu tersebut , Adia hilang kerana Armand.Adia tidak menjawap panggilannya.SMS tidak dibalas. Dia tahu selepas ini dia tidak akan dapat bertemu Adia lagi.Dia dapat rasakan persahabatan yang terjalin selama 4 tahun lalu akan berakhir di sini. Dia harus menghabiskan baki 1 semester di kolej sedangkan Adia telah tamat belajar di sini.Semester baru tanpa Adia.Dia bingung.Adakah dia kejam memainkan perasaan Adia.Dia tidak mahu kehilangan Adia.Dia nak Adia bersamanya tetapi dia tidak menyintai Adia.Ah,perasaan apakah sebenarnya ini.Kenapa dia mesti membuatkan Adia tertanya,tertunggu dengan sikap dia yang langsung tidak boleh menjaga perasaannya.Mereka tidak bercinta.Mereka bersahabat baik.Namun,di sebalik persahabatan itu,sungguh dia tidak mahu kehilangan dia.Apa yang harus dia lakukan untuk meraih kepercayaan Adia semula.Adia gadis yang baik,kawan yang setia namun dia memang tidak menyintai Adia.Dia lebih menyanyanginya sebagai seorang sahabat sejati.Tapi dia tidak boleh melihat Adia dengan lelaki lain.Kejamnya Salman. Dia tahu dia perlu selesaikan perkara ini secepat mungkin supaya Adia dapat memaafkan dia dan berjanji tidak akan menganggu Adia lagi walaupun dia tahu keputusan itu cukup menyeksakan dia.dia tahu Adia pasti bersedih namun dia pasti ini adalah jalan terbaik untuk dia dan Adia.

Telefon Alan dicapai.Dia tahu Adia tidak akan menjawap panggilannya. Dia perlu hubungi Adia untuk menjelaskan perkara sebenar.

‘Hello.’Salman bersuara dengan perlahan.

Adia terkejut mendengar suara yang biasa didengarnya itu.Kalau dia tahu nombor yang terpapar tadi adalah panggilan dari lelaki yang membuatkan hatinya sakit,memang dia tidak akan jawap.

‘Adia,Salman ni.Saya nak jumpa awak sekejap.Please.’

Adia senyap.Salman tahu Adia menjawap panggilan tersebut.

‘Kita jumpa bawah pokok tempat biasa ye.Saya tunggu awak pukul 3 sekejap lagi.I need to explain everythings to you.’salman merayu.

Adia masih tidak membalas sepatah kata.Dia mematikan handphone.Adia termenung memikirkan tentang Salman.Sekali lagi dia kalah dengan perasaannya.Kali ke berapa entah hatinya lembut untuk bertemu dengan Salman.Semua kerana kenangannya bersama Salman.Kenangan yang cukup istimewa.Dia mundar mandir memikirkan sama ada perlu atau tidak dia bertemu dengan Salman.Dia juga fikirkan perlu ada kesudahan di antara dia dan Salman.Adia bersiap.Tanpa melengahkan masa,dia menukar pakaian dan pergi ke tempat yang dijanjikan oleh Salman.Jam menunjukkan pukul 3 petang.

Angin sepoi bahasa menemaninya seorang diri di kerusi bawah pokok besar berhampiran library kolej.Nyaman.Udara segar.Adia termenung seketika mengimbau kenangan bersama Salman semasa zaman persekolahan.Lamunannya terhenti apabila Salman memanggil namanya.

‘D, thanks sebab datang.’

Aku senyap.Wajahku tunduk kebawah.Aku tak boleh melihat wajah Salman.

‘D, saya rasa apa yang saya nak cakap pada awak hari ni mungkin akan buat awak gembira dan lega.’Salman mula berbicara.

Aku mengangkat wajahku,memandangnya dengan sikit terkejut tetapi masih tidak bersuara.

‘D,lebih baik kita putuskan persahabatan kita.Saya tak nak awak terseksa dengan sikap saya yang buat tidak tahu dengan awak selepas apa yang terjadi dulu.’Salman menarik nafas,menyusun setiap percakapannya.

‘Saya cuba memperbaiki kesilapan saya tapi nyatanya saya silap untuk kali yang ke berapa saya tak tahu.D, terus terang saya katakan pada awak,saya sayang awak.Saya tak boleh kehilangan awak dan saya tak suka tengok awak dengan lelaki lain.Tapi saya tak nak memiliki awak.Sayang dan cinta lain D.saya tak tahu kenapa sikap saya macam ni.Kalau boleh saya nak awak bersama saya tapi bukan sebagai pasangan bercinta.Saya nak awak ada bersama saya sebagai sahabat yang memahami saya seperti dulu.Seperti waktu zaman persekolahan kita.’

Aku mendengar dan memandang wajahnya.Aku tidak menangis.Tetapi aku cuma sedikit sedih dengan kata-katanya.

‘Salman, saya tak faham kenapa awak mesti beritahu saya semua ni.Saya tak cinta awak dan saya tidak ada perasaan pada awak.Perasaan saya hanyalah seperti awak juga.Sayang sebagai sahabat.Dan saya sedih awak buang sahabat awak kerana seorang perempuan dan bila ditinggalkan awak mencari sahabat awak kembali.’Aku cuba mengawal perasaanku.Sikap ego aku juga tinggi.Aku takkan sewenangnya bagi peluang pada dia untuk melihat aku sedih.

‘Awak dah jelaskan pada saya semuanya.Saya faham.Mulai hari ini,anggaplah persahabatan kita dulu tak wujud dalam hidup awak.’Aku mula rasa sedih dan ingin menangis,namun aku cuba menahan air mata.ku menarik nafas sedalam-dalamnya agar ada kekuatan untuk meneruskan apa yang terbuku dihatiku.Wajah salman tiada senyum.

‘Terima kasih awak sebab pernah jadi best friend saya.Tolong saya dalam banyak benda.Saya janji saya tak akan ganggu awak lagi Salman.’ Aku berlalu perlahan tanpa menunggu dia berkata apa.

‘Adia,terima kasih jugak pada awak.Awak best friend saya selamanya.Saya minta maaf atas segala perbuatan saya yang menyakitkan hati awak.’Salman menjerit sayup.Dan kami berpisah di situ.Di bawah pokok besar kolej yang akan menjadi kenangan selamanya yang terpahat sebuah episod duka dalam hidup aku.



 
Dua bulan sudah hubungan persahabatan aku dan Salman putus.Sejak dari hari itu,saat itu kami membawa haluan masing-masing,aku langsung tidak mendengar cerita tentangnya.Mama banyak kali bertanya tentang dia pada aku dan jawapan ku setiap kali pertanyaan mama adalah tidak tahu.Mama pun pelik dengan sikap aku.Dua bulan sudah aku di KL.Menganggur sambil menunggu keputusan final year.Ifa masih di Kuantan tinggal bersama makcik saudaranya.Katanya ingin sambung belajar tapi tidak tahu lagi di mana.Alin pula ada di KL so aku boleh jumpa dia bila-bila masa memandangkan kami memang sedang bercuti panjang sekarang.Armand, sejak kejadian di TC itu, kami menjadi tidak menegur di antara satu sama lain. Mungkin dia malu.Mungkin dia putus asa dengan aku kerana sikap ego ku. Aku tak nafikan sejak insiden party dan teluk cempedak dulu, aku tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan diriku bila aku ada terfikir tentang dia kadang-kala.Tapi aku cuba tepis perasaan asing itu.Aku perlu memikirkan masa depan aku,mama dan papa menyuruhku sambung belajar di sini tapi aku berkeras nak sambung belajar di oversea. Apakan daya,keluargaku bukan orang kaya.Kami hanya middle people.Aku perlu memohon biasiswa jika ingin menyambung belajar di luar negara. Keputusan tidak lama lagi akan keluar.Kalau cemerlang,barulah aku boleh memohon biasiswa dari tempat papa bekerja. Aku berharap keputusan ku bagus. Sekarang, aku hanya fikirkan untuk berehat dan pergi melancong.Alin dah rancang pun untuk pergi ke Bali dengan kawan-kawan kolej yang lain.Yeay,tak sabarnye nak bau pulau.Nak berehat sepuas-puasnya dan lupakan kisah lama.Aku nak buka buku baru.Dan pastinya buku baru tersebut tiada nama Salman di dalamnya.



Hari yang di nanti tiba.Pagi-pagi lagi aku suruh papa menghantar aku ke airport.Flight kami pukul 930 pagi.Pukul 7 aku dah tercegat di sana dengan Ifa.Ifa tidur di rumahku semalam sebab tak nak rushing dari Kuantan.Setengah jam kemudian,yang lain sampai.Pukul 915 kami berangkat masuk ke balai pelepasan.Perasaan memanglah sangat teruja.Aku yang dah lama mengira hari untuk ke sini lagilah terasa lebih seronok.Kami mengambil tempat duduk masing-masing seperti nombor yang tertera di tiket kapal terbang.Yang tak seronoknya,kami berpisah duduk berasingan sebab si Alin tak booking tempat duduk.Sudahnya,dudukla dengan sesiapa.Aku terpisah dengan Alin dan Ifa dari 2 barisan.Syuk dan yang lain di belakang.Kami bersembilan pergi. Mira dan Zarif dapat duduk bersebelahan.Mataku melilau mencari nombor kerusi akhirnya jumpa nombor kerusiku.Tak dapat duduk tepi tingkap sebab dah ada orang duduk.Aku terpaksa duduk di tengah-tengah,spot yang paling aku tak suka kalau naik kapal terbang.Nak tak nak terpaksa duduk.Lelaki di sebelah tingkap tu kusyuk baca majalah.Tak hiraukan pun aku tengah bersusah payah nak duduk.Makcik India di kerusi hujung ni pula asyik membelek telofonnya.

Sedang aku melabuhkan punggung untuk duduk,handphone ku terjatuh di atas kaki lelaki di sebelahku. Cepat-cepat aku tunduk untuk mengambil telefon tersebut tapi lelaki itu lebih pantas bertindak mengambilnya dan menghulurkan kepadaku.

‘Nah,telefon awak.’lelaki itu tersenyum.

‘kau?’Suara Adia kuat hingga makcik disebelahnya memandangnya.Terkejut dia melihat lelaki tersebut.

Armand tersengih bila Adia bersuara lantang tadi.Sengaja dia dan yang lain merahsiakan yang dia turut serta dengan  percutian ini sebab kalau Adia tahu tentu Adia takkan join mereka.

‘Ye,aku.Armand.’Armand tersenyum.Baru dua bulan aku tak jumpa dengan dia,perwatakan lelaki ini dah berubah.Nampak lebih kejantanan.Dia memang nampak matang.Tinggi,berbadan sasa.Wajah seperti orang Jepun.Dia memang tampan.memang tak dinafikan perempuan memang akan tergila-gilakan dia.

Aku buat tidak peduli dengannya.Aku mengambil majalah dan membaca tanpa menghiraukan Armand di sebelahku.


‘D,kau sihat?Rambut kau dah panjang.’Armand cuba berbual denganku.

‘Aku sihat.Kau pun dah lain nampaknya.’Aku menjawap .Disebabkan aku bosan dan tidak boleh tidur,aku layankan Armand di sebelahku.

‘Armand,aku lupa nak ucap terima kasih kat kau hari tu.’

‘Terima kasih untuk apa?’Armand bertanya pelik.

‘Masa majlis dinner,TC and tikus.3 kali kau selamatkan aku.’Adia terpaksa menurunkan sedikit egonya sebab lelaki di sebelahnya ini telah menyelamatkan dia dulu.

‘Dah lama aku tunggu kau cakap macamni.Kasih di terima.Terbuka sampai bila-bila.’Armand bergurau.Aku menarik muka kelat.



Hampir 3 jam lebih pernerbangan,kami sampai akhirnya di Denpasar.Aku dan Armand menunggu semua penumpang turun dahulu kerana tidak mahu bersesak-sesak dengan mereka.Armand membantuku menagambil bagasiku.memandangkan ketinggan aku hanyalah 150 cm,haruslah ada orang yang membantu.
'Beratnya beg.ada batu ke.'perli Armand.
'Terima kasih.'aku mengambil beg tersebut dan berlalu.Armand mengikutku dari belakang.
'Tunggu,aku nak jalan dengan kau.'

Oleh kerana Alin ada saudara di sana,aktiviti kami semua telah disusun oleh saudaranya. Dari Denpasar, kami akan menaiki van pelancong untuk ke resort yang telah kami tempah. 3 hari 2 malam di sana akan dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan kata Alin.

Kami berkumpul di satu tempat supaya memudahkan van tersebut mengambil kami.

'Korang,van ada 3 tau.Van kecik.So nanti ikutla siapa nak naik van depan,tengah,belakang k.And maybe van tu ada pelancong lain yang stay resort sama.'Terang Alin.
Van yang dinantikan sampai.Betulla kata Alin,van kecil.mungkin boleh muat 5 penumpang dalam satu van.
kami semua bergerak membawa beg masing-masing untuk menaiki van.Ifa dan Alin dah naik van di depan.Syuk dan yang lain van di tengah.2 van di depan dah penuh.tinggal van belakang yang masih kosong untuk 2 penumpang.aku tengok semua dah naik kecuali aku dan Armand.kami berpandangan.
'No choice,Adia kita naik van belakang dengan strangers.'Armand membuka pintu van dan duduk di belakang.Aku terpaksa mengikut dia kerana 2 van di depan dah bergerak.
Di dalam van,aku dan dia senyap.Melayani perasaan masing-masing sambil menikmati permandangan di luar.Perjalanan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke resort tersebut.


No comments:

Post a Comment