Wednesday, 6 November 2013

DBFA Bab 5

Malam di Kuta,Bali.Permandangan yang cantik.Bintang-bintang berkerlipan di langit.Deruan ombak menghempas pasir.Nyaman.Sangat menyenangkan hatiku.Letih dan penat siang tadi hilang bila dapat melihat permandangan yang cantik di depan mata.Bilik kami menghadap pantai.Alin memang pandai menjadi organizer percutian.Dari tiket penerbangan,resort dan aktiviti semuanya mengagumkan kami.Aku, Alin dan Ifa duduk di dalam satu bilik bersama.2 katil double di sediakan.Sampai di resort tadi, kami berehat dan bersiap turun untuk makan kerana perut masing-masing memang kelaparan sejak sampai di Denpasar lagi tidak menjamah makanan.Dan malam ini, aktiviti bebas kami kerana aktiviti sebenar akan bermula esok.Kata Syuk,malam ini mereka sekadar ingin melepak di pantai berbual-bual sambil berunggun api.Jam di tanganku menunjukkan pukul 9.30 malam.Alin dan Ifa awal-awal lagi keluar ke pantai bersama Syuk dan yang lain.Aku mencapai cardigan kuningku dan keluar untuk bersama mereka di pantai.

Dari jauh kelihatan mereka bergembira,bergelak tawa antara satu sama lain.Aku tengok Armand berada di situ juga bersama mereka.Angin kuat meniup rambutku sesekali menutup mukaku.Rimas pula.Aku duduk bersila seorang diri di tepi pantai tidak jauh dari mereka.Aku melihat Armand tertawa riang.Wajah yang manis. Aku tersenyum bila teringat kata-katanya di dalam van petang tadi.

'Pakcik ni bawa van laju sangat ni.D, baik kau peluk aku kuat-kuat nanti kau tercampak keluar pulak.' Armand memaut lenganku.

Armand,dia lelaki yang kelakar.Dia bersahaja tetapi dalam diam sebenarnya dia seorang yang matang dan ada masa depan.Aku tidak mengenalinya secara rapat.Aku tahu dia wujud di kolej semasa tahun 2.Itupun bila ada ramai kawan perempuan asyik bercerita tentang dia.Aku tak pernah sekelas dengan dia di kolej. Mungkin kerana itu aku kurang ambil tahu pasal dia.Sedang aku melayan perasaan, terasa badanku dibaluti kain tebal.Aku menoleh ke belakang.Armand meletakkan shawl berwarna merah jambu di badanku.

'Thanks Armand.'ujarku.
'Buat apa sorang-sorang kat sini.'Armand duduk disebelahku.
'Kira bintang.'jawapku sambil tersenyum.
'Cantikkan laut di sini.Jauh cantik dari TC.'Armand berseloroh.
'Memanglah.TC cantik tapi taklah secantik sini.Sini cantik sangat.' aku memandang jauh ke tengah pantai.
'D, kenapa kau suka mengasingkan diri ye.' Armand memandangku.
'Taklah.aku suka join semua,tapi kadang-kadang aku suka bersendiri.'jawapku sambil menguis-guis pasir halus.
'D aku tanya something boleh?'
'Apa dia,tanyalah?'jawapku lembut.
'Kau pernah ada boyfriend?'
'Tak pernah.'aku menggelengkan kepala.
'Samalah dengan aku,tak pernah ada girlfriend.'
'Kau tak pernah ada gf?Tipulah.'aku menyindirnya.
'Betul.Aku ada suka sorang perempuan ni,tapi dia garang sangat.'Armand bersahaja menjawap pertanyaanku.
Aku pekakkan telinga.
'Tapi aku setia menunggu.Aku tak akan paksa orang tu suka aku.Aku akan tunggu sampai  dia cakap dia suka aku.' Armand merenungku . Aku terdiam memandangnya.
 dari jauh aku terdengar suara Ifa memanggil kami berdua.
'D,Armand,we all nak pergi cari makan.Jom.'Ifa menjerit.

****************************************************************************************************************

Aktiviti kami hari ini adalah jalan-jalan cari makan di sekitar Ubud.Bali terkenal dengan kuil dan budayanya yang unik.Cuaca panas dan kering serta berangin di sini menyebabkan kulit aku menjadi kemerahan dan terbakar.Banyak kali aku di tegur oleh oleh pelancong Korea di sini kerana mereka menyangkakan aku dari sana.Korea sangatlah.Kami semua keluar bersama dan menuju ke tempat-tempat yang telah diaturkan oleh sepupu Alin.Dari temple A ke temple B,dari kedai C ke kedai B dan akhirnya pulang ke bilik semula.Malam ini kami semua merancang untuk ke sebuah perkampungan di daerah Ubud.Kata sepupu Alin,di sana ada perkampungan sangat cantik.Ah,tak sabarnya. 

'Adia, semalam kau dating dengan Armand ye.' tanya Alin dengan nada nak mengenakan aku.
Aku merebahkan badan ke katil.letih tak terkata.kakiku sakit macam nak tercabut rasanya dek kerana berjalan non stop siang tadi.

'Aku borak kosong dengan dia.Takde apa pun.'ringkas aku menjawap.
'Alaaa..'Alin mencebik.
'Aku ingat korang berdua dah confess.'
Aku tau dia memang beriya nak suruh aku bercinta dengan Armand.Malas aku nak layan Alin.Ifa di katil sebelah dah berdengkur.Aku bangun membersihkan badan,solat dan bersiap untuk aktiviti malam nanti.

Pukul 8 malam kami berkumpul untuk pergi ke kawasan perkampungan yang dikatakan oleh sepupu Alin.Seperti biasa,kami akan menaiki van khas yang di sewa oleh Alin.Kali ini aku dapat naik bersama Alin dan Ifa.Kelibat Armand tak kelihatan.Aku tercari-cari di mana dia.5 minit kemudian,dia sampai. Kami bergerak dari resort jam 8.30 malam dan kata sepupu Alin,perjalanan cuma mengambil masa 15 minit sahaja.Sampai di sana,kami harus berjalan kaki masuk ke dalam perkampungan tersebut kerana kenderaan tidak boleh melalui jalan kecil tersebut.Pintu gerbang kawasan tersebut cukup besar dan ramai pelancong berkumpul untuk masuk ke dalam kawasan tersebut.Kata sepupu Alin lagi,malam ini mereka ada majlis keagamaan mereka.
Kami mula berjalan dari pintu gerbang itu beramai-ramai.Bunyi gendang kedengaran dari jauh sayup-sayup.Aku berjalan perlahan memandangkan kawasan di situ kiri kanan adalah semak dan banyak pokok-pokok besar.Kawasan tidaklah gelap mana tetapi harus berhati-hati sebab aku dah rasa seperti night walking.Bunyi cengkerik dan serangga lain hinggap di telinga kami.Terasa seram pula dengan keadaan gelap di dalam hutan tapi bila melihat orang ramai di belakang kami,perasaan tersebut hilang.

Armand menemaniku di sebelah.Kami berjalan bersama-sama sambil berbual kosong.Sedang kami menyusuri laluan kecil untuk masuk ke perkampungan tersebut, entah macammana bahu Armand luka terkena duri pokok semasa jalan tadi.Aku tengok lengan bajunya dah kotor terkena darah.Mungkin duri tersebut masih ada pada bahunya.
Sampai di perkampungan tersebut, aku dan Armand duduk di dalam pondok kecil ditemani oleh yang lain.Aku mengeluarkan handsaplast dan minyak yang mama bekalkan kepadaku tempoh hari.Benda wajib dalam beg. 


'Armand,biar saya tengok luka awak.' pelawaku.Armand melihat jauh ke dalam mataku.
'Cepatlah, mengelamun pulak dia.'aku menenkingnya.Armand terkejut.Aku menjelingnya.
'Ha, mengelamun lagi.'Aku mencabut duri di bahunya.
'Erghh,sakitlah.Slow la sikit kau ni.'Armand marah.
'Eh,kau ni.Tahanla sikit.Jalan tak guna mata.kan dah luka.'marahku lagi sambil meletak minyak dan menampal hansaplast di bahunya.
'Thanks sayang.' Armand tersenyum.'
'Sama-sama.'aku menjawap selamba.Syuk tersenyum-senyum di sebelah kami berdua.

Malam yang singkat itu kami disajikan dengan persembahan budaya orang di sana dan sajian yang dihidangkan sememangnya nampak sedap malangnya kami tidak menjamah kerana tidak halal.Sudahnya,balik resort semua kelaparan makan di warung muslim berdekatan. Sambil makan sambil berborak.Memang happening.Esok tengahari kami akan berangkat pulang ke KL semula.Entah bila dapat berkumpul begini lagi aku pun tak pasti.

No comments:

Post a Comment