Tuesday, 29 October 2013

DBFA-Bab 3


Suasana petang di bandar Kuantan boleh tahan sibuk tambahan pula hari Sabtu,memang ramai orang berpusu-pusu menuju pusat membeli belah dan bersiar-siar.Walaupun Kuantan tidak besar mana bandarnya,namun pembangunannya boleh tahan.Banyak juga pusat beli belah yang tumbuh seperti cendawan.Namun,aku masih prefer KL , tempat asalku sebagai tempat tinggalku nanti. Tapi satu benda yang Kuantan tak boleh tandingi KL adalah, pantainya.Teluk Cempedak dan Cherating,pantai yang cantik di Kuantan.Ok, itu aku akui.Aku suka dengan pantai.Mendamaikan.Tenang dan segar.

Kami terpaksa pergi awal ke Vistana sebab Ifa perlu membantu ajk lain menguruskan party malam nanti. Ifa beritahu yang kami boleh bersiap di bilik yang disediakan oleh pihak hotel. So,aku dan Alin menumpang Ifa lah bersiap dalam bilik tersebut.Selesai semua kerja di pool area, kami bergegas untuk bersiap memandangkan jam sudah hampir pukul 8 malam.Pintu bilik hotel di buka dan aku terkejut sebab Armand dan Syuk ada di dalam sedang bersiap.Alin dan Ifa tersengih-sengih.Aku tiada pilihan,terpaksa ikut mereka berdua.

‘Adia,kata tak nak join.’tegur Syuk.

‘Tukar fikiran.’jawapku selamba.

‘Ei,sekeh kepala kang.’sambung Syuk sambil mencapai beg dan keluar.aku menjeling dia dan Armand.Syuk memang macamtu.cakap tak pernah nak cover dengan aku.

Kami bertiga bersiap secepat mungkin dan turun ke swimmping pool area.Sampai di sana aku tergamam sekejap sebab nampak cantik pool area tu dihias oleh budak-budak kelab IT Ada sportlight, lilin,belon dan pokok-pokok kehijauan.


‘Adia.cantiknye kau.’tegur Mira,kawan kelasku. Aku hanya memakai dress chiffon berwarna mint, rambut pendekku dihias dengan ribbon clip dan kasut flat ballerina berwana silver berbunga .Itu pun kategori cantik ke.Dahla rambut pendek macam barbie doll.Mungkin sebab aku pakai dress.

‘Biasa je,thanks Mira.’jawapku.Ifa dan Alin mencebik antara satu sama lain.


Kami bertiga duduk semeja dengan rakan yang lain,Zarif,Aini dan Shila.Party santai yang tak berapa santai ni nampak macam formal jugak sebab ada MC,ada games dan live performance sebab aku tengok ada drum dan gitar disediakan.Makanan yang disaji pun boleh tahan.Tiba-tiba aku terfikir,dari mana dapat budget diorang ni.


‘Ifa, happening nampak party ni.Siapa sponsor?Kolej ke?’tanyaku pada Ifa yang asyik menjamu selera.

‘Duit kelab separuh,sponsor separuh dari siapa aku tak tahu.’jawap Ifa.dalam hatiku bertanya siapa pulak sanggup sponsor tempat mahal macamni untuk party.


Mataku meliar mencari Salman.Kalau boleh aku tak mahu dia berada di situ.Tapi,aku tetap nampak kelibat dia bersama kawan-kawannya.Dan aku terperasan yang dia juga mencari aku.Aku melarikan pandanganku ke tempat lain.Iringin music yang rancak malam itu membuatkan kami berasa gembira bila bersama-sama berbual,gelak ketawa,mengimbas kembali suka duka sewaktu mula-mula berada di kolej. Aku di gelar anak manja sewaktu mula mula berada di sini kerana setiap hari jumaat aku akan balik ke KL.Tahun pertama setiap weekend aku akan balik ke KL.Setiap kali melalui pintu kolej,aku perlu melalui hostel budak lelaki,dan memang akan terdengar suara-suara sumbang mengejek aku anak manja.Tahun ke 3,Ifa muncul dan kami jadi kawan baik,sejak itu aku jarang pulang ke KL melainkan cuti panjang.Tahun ke 3 aku langsung tidak balik kecuali hari raya tempoh hari kerana tahun akhir adalah tahun paling banyak perkara yang perlu disiapkan dan aku rasa aku perlu habiskan masa dengan kawan-kawan di sini sebelum tamat belajar di sini.perbualan kami terhenti bila Syuk buat announcement.


‘Attention please.’Syuk berdiri di hadapan kami dan mebetulkan microfon di depannya.

‘Malam ni kita ada special performance dari geng DIT kelas Pn Dina.’

Aku,ifa dan Alin tersenyum girang sebab ada live show.Free pulak tu.

‘Ok, saya jemput Salman and the gang mempersembahkan lagu mereka.’Syuk memberi mikrofon kepada Salman.Yang lain sedang bersiap sedia dengan drum dan gitar.Alan,Raja dan Mirul.Memang geng dia dari sem satu lagi.Aku hanya memerhati dari jarak yang tak berapa jauh.Aku tahu dia suka music.Dia suka jamming.Dan dia mempuyai suara yang sedap.

Bunyi dram dan gitar.Melodi lagu tersebut cukup aku kenal.Sarah Mclaghan.Salman menyanyi dengan penuh perasaan sambil memandangku.Aku cuba melarikan pandangan tersebut.Bait-bait lirik tersebut cukup kena antara aku dan dia. Dan aku tahu lagu tersebut memang ditujukan untuk aku.Tiba-tiba aku hiba.Alin dan Ifa memandangku.


Adia I do believe I failed you
Adia I know I've let you down
Don't you know I tried so hard
To love you in my way
It's easy let it go

Adia I'm empty since you left me
Trying to find a way to carry on
I search myself and everyone
To see where we went wrong

'Cause there's no one left to finger
There's no one here to blame
There's no one left to talk to, honey
And there ain't no one to buy our innocence

'Cause we are born innocent
Believe me Adia, we are still innocent
It's easy, we all falter
Does it matter?


Tapi bukan aku yang menyebabkan persahabatan kami retak.Aku tak faham apa sebenarnya yang cuba Salman sampaikan.Alin dan Ifa berpandangan antara satu sama lain.

Sedang aku mengawal air mataku jatuh, tiba-tiba tanganku di tarik oleh seseorang ke belakang.Armand menarik tanganku dan membawa aku keluar dari kawasan pool tersebut.


‘Armand,apa ni.Sakitlah.Kenapa kau tarik aku.’aku merentap tanganku dari pegangannya.

‘Aku nak jimatkan air mata kau,supaya tak mengalir lagi. Aku tahu antara kau dan Salman.Dia tu tak guna.Dia tahu mainkan perasaan kau.’Marah Armand.


‘Eh,Armand apa kau merepek ni.Aku dengan dia kawan lah.Aku takde apa-apa dengan dia.Kau sibuk ni kenapa.’aku menengking Armand.Panas hatiku dengan kelakuannya.Armand menahan muka marahnya.Merah padam.

Dia memegang erat tanganku.

‘Adia, bagi aku peluang.Please.’pujuknya.Aku berlari meninggalkan Armand di lobby hotel.Aku keluar dari hotel dan lari sejauh yang boleh dari pandangannya.Dari jauh aku dengar namaku di panggil.Dan sayup2 tidak kedengaran lagi.


Aku menahan teksi dan membawa diri ke Teluk Cempedak yang hanya 15 minit dari hotel tersebut.Tempat yang mendamaikan.Jam hampir pukul 10 malam.sekali sekala aku melihat telefon bimbitku,kalau-kalau Salman menghubungiku.Hampa.Aku tahu bahaya seorang diri.Sudahnya aku duduk dan makan di mcdonald.Mujurlah mcdonald tersebut beroperasi 24 hours.Aku sms pada Alin dan Ifa mengatakan aku di sini supaya mereka tidak risau.Tapi aku tiba-tiba risau macammana aku nak balik kolej sekejap lagi.Kalau mama papa tahu mati aku. Susah-susah,aku call sepupuku yang duduk di Bukit Sekilau hantar aku ke kolej nanti.Cuaca sejuk menikam tubuhku.Baju yang ku pakai sedikit nipis,tak berupaya memberi haba panas kepada tubuhku.Aku menghayati deruan ombak,angin sepoi bahasa. Di kawasan lapang berhampiran mcdonals,sekumpulan anak muda berkumpul dengan kereta sport masing-masing.Mungkin anak orang kaya semuanya.Perkara yang terjadi tadi mula bermain-main di fikiranku semula.Pertama,kenapa Salman mesti nyanyi lagu tersebut.Apa tujuannya? Benarkah kata Armand yang dia hanya memainkan perasaanku.Ibarat tidak suka aku dimiliki oleh orang lain tetapi dia boleh dimiiki oleh orang lain.Ah, Armand cuba menghasutkan supaya membenci Salman.Jika benar Salman begitu,patutkah aku memaafkan dia.Dan Armand,benarkah dia betul-betul ada perasaan terhadapku sehingga dia tidak sanggup melihatku bersedih kerana Salman.
lamunan ku terhenti bila aku diganggu oleh sekumpulan lelaki.

‘Hi, sorang?boleh kami join?’ sekumpulan anak muda berkereta tadi menegurku.Aku senyap,malas nak melayan mereka.


‘Janganla sombong.Dah malam.Tak elok u duduk sorang diri.’tambah seorang dari mereka.Aku masih diam,seolah-olah tiada apa yang berlaku.


‘Sorry baby.I lambat ambil u.’aku menoleh ke belakang dan lihat Armand sedang menghampiri ku.


‘Sorry bro,gf lu ke.Lu tinggal awek cantik sorang-sorang kat sini.Kitorang chow k.Sorry kacau awek lu.’seorang daripada mereka meminta maaf dari Armand.

Aku terkejut sekali lagi.Kenapa dia.Kenapa bukan Salman yang datang memujukku.


‘Mana kau tau aku ada dekat sini?’tanyaku.

‘Alin & Ifa.Diorang ada dalam kereta.Jom aku hantar korang balik hostel.Nanti lambat kena denda.’Armand menarik tanganku dengan lembut kali ini.

Aku menarik tanganku dari pegangannya dan berjalan di hadapannya.

‘Adia,kenapa kau benci dengan aku.’Armand bersuara.

‘Aku tak benci kau.Aku tak suka dengan sikap kasar kau.’jawapku.

‘Aku bukan kasar Adia.Aku tak nak tengok kau sedih.Aku pelik kenapa kau masih mengharapkan Salman.’jelas Armand

‘Aku bukan suka Salman.Aku tak suka dia pun.aku Cuma marahkan dia sebab dia tipu aku sedangkan kami berkawan.Kenapa dia nak tipu aku.’marah aku pada Armand.

‘Adia,itu maknanya,dia suka kau tapi dia tak nak memiliki kau.’jelas Armand lagi.

‘Apa kau merepek ni?’aku menghentikan langkahku.

‘Yes,itulah hakikatnya.Aku lelaki Adia.Aku tau apa yang tersirat dalam fikiran Salman tu.Dia nak kau bersama dengan dia setiap masa,tapi dia tak boleh sayang pada kau sebab dia sayang dan cinta pada orang lain.’Armand cuba menjelaskan lagi.Aku mendengar segala pertuturan yang keluar dari bibir Armand. Aku diam seribu bahasa.Armand memegang kedua pipiku dengan kedua belah tangannya.

‘Adia,fikirlah.Dah sampai masanya kau keluar dari diri Salman tu.’

Aku melarikan pipiku dari Armand.

‘Kau ni memang slumber pegang perempuan ye.’marahku.Armand tersenyum melihat aku memarahinya.

‘Sorry Adia,aku bukan sengaja.Tapi aku cuba nak pujuk kau.’Armand sedikit malu.

Kami sampai di hostel jam 1230.Pintu pagar hostel perempuan dah tutup.Armand terpaksa parking di hostel lelaki dan bawa kami masuk melalui pagar lubang tempat pelajar lelaki curi-curi keluar masuk.Kami bertiga terkedu sebab perlu masuk dalam lubang tersebut.

‘Apa ni Armand,takkan nak masuk dalam lubang ni.’marahku.Alin dan ifa berpandangan satu sama lain.

‘Syhhh..senyap sikit Adia.nanti pak guard dengar.Masuk je.Ikut lubang ni,kita masuk hostel lelaki lepas tu ada short cut pergi hostel korang.’Armand berbisik.

Kami berempat terpaksa masuk ke dalam lubang tersebut dan curi-curi masuk ke hostel lelaki secara senyap-senyap. Tiba-tiba kedengaran motor pak guard.Kami berempat berlari menyorok di belakang stor hostel lelaki.Aku terpaksa mengangkat dress setinggi lutut untuk berlari.Mujur aku pakai kasut flat. Pak guard suspek ada pelajar curi –curi keluar dan dia mencari pelajar tersebut. Kami menyorok di situ tunggu sehingga pak guard pergi dari sana.Sedang aku duduk berlutut di sebelah Armand,terasa seperti sesuatu yang lembut jalan di atas kakiku.Aku pandang ke bawah dan lihat seekor tikus berada di atas kakiku.aku hampir menjerit dan mulutku ditutup Armand dan entah macammna aku terpeluk Armand.Kami bertentang mata.Terasa seperti ada satu kuasa yang masuk ke dalam badanku yang menyebabkan jantungku berdebar melihat Armand. Alin dan Ifa tersengih melihat aku dan Armand.Armand menghalau tikus itu dan aku meleraikan pelukan dari badan Armand.Bau parfume CK one pada badannya.Setelah pak guard keluar dari kawasan kami beredar.Aku tidak sempat mengucapkan terima kasih pada Armand.

Monday, 28 October 2013

DBFA-Bab 2



Insiden 3 hari lepas menyebabkan aku dan Salman bersengketa semula.Kami mula tidak bertegur sapa seperti 2 tahun yang lepas.Terasa seperti dejavu pula.Perkara yang lalu kembali semula.Pertengkaran yang sama terjadi lagi cuma kini melibatkan Armand, rakan kolejku. Armand rupanya selama ini menyimpan perasaan pada aku secara diam.Dan lebih terkejut lagi selama ini dia memang mengugut Salman. Rupanya Alin orang kanan Armand.Padanla Alin marah sangat kalau aku dan Salman bertegur sapa dan berbual.Baru aku tahu kenapa Armand bersungguh membantu aku dalam majlis anugerah dekan semester lalu dan aku tidak menyangka dia menaruh perasaan pada aku sejak tahun 2 di kolej lagi.Tapi aku tidak ada perasaan pun dengan dia.Aku berkawan dengan semua lelaki di kolej.semuanya aku anggap kawan sekolej.Kawan sekolej yang aku boleh sekeh kepala,yang aku boleh marah sesuka hati,yang aku boleh bergurau tak kena masa. Tapi untuk ada kekasih di kolej,untuk ada seseorang yang aku cintai di kolej,tidak.Itu bukanlah aku.Aku tidak suka komitmen sewaktu belajar.Aku tidak suka masaku dikongkong, dikawal oleh orang lain.Aku tidak suka berdating tidak tentu masa dan pastinya aku tidak suka membazir duit,memujuk orang dan segala-galanya.Bagi aku, cinta kolej adalah sama dengan cinta monyet. Dan aku tidak terfikir untuk mempunyai cinta waktu sekarang.Belum masanya.



Pembentangan projek akhir di jalankan minggu ini. Alhamdulillah,Ifa punya program berjaya di selamatkan oleh Salman. Pertelingkahan antara aku dan Salman menyebabkan Ifa bingung sekejap bila melihat aku berair mata tempoh hari.Salman berlalu pergi sebaik sahaja Ifa datang. Nasib baik Ifa jenis memahami aku,dia tidak bertanya tentang apa yang telah terjadi antara aku dan Salman.Minggu terakhir di kolej,merupakan minggu pembentangan projek untuk semua pelajar IT di kolej.Giliranku pada hari Jumaat pagi.mama dan papa akan datang minggu hadapan untuk angkat barang di kolej.Maknanya,aku ada seminggu lagi untuk kemas semua barang dan siapkan borang-borang untuk keluar kolej.Sabtu selepas giliran pembentangan projekku, batch kami buat party.Konon-konon nak meraikan yang kami telah tamat belajar di sini.Organizer dari ketua pelajar course IT, Syuk,merangkap best friend Armand.Tema yang aku dengar tepi pool,santai.Whatever.pastinya aku tak akan terlibat sama.


***************************************************************************************************************

Khamis-sehari sebelum pembentangan projek, aku lepak di dalam bilik untuk check project dan tengok mana-mana bab yang masih belum di edit atau perlu di edit.So far,nampkanya semua dah ok.Tinggal nak praktis skill presentation sahaja.

‘Fuh.Settle projek’. Aku menghela nafas panjang.Alin dari tadi asyik dengan magginya.Sedap pulak bau.Perut aku mula terasa lapar.Lupa,pagi tadi makan roti gardenia dengan butter je.Patutla lapar.

Alin masih tidak tau tentang hal aku dan Salman tempoh hari.Sengaja mahu buat dia rasa bersalah sebab merahsiakan tentang Armand dari aku.

‘Alin, kau kenal Armand?budak kelas Pn Zati?’tanyaku sambil melihat riak muka Alin.Alin tersedak.sambil terbatuk-batuk dia menjawap.

‘Kenal,kenapa?’

‘Saja tanya’. Jawapku sambil bangun dan mencapai biskut.

‘Dia handsome kan.kau tak minat dia?’seloroh Alin

‘Takk.langsung tak minat walaupun aku tahu ramai giler budak suka dia.’sengaja aku kuatkan suaraku sambil mencebik bibir pada Alin.Alin berhenti makan, meletakkan mangkuk maggi dan melompat ke katilku.

‘D, aku ada something nak beritahu kau.’

Aku dah dapat agak apa yang dia nak beritahu pada aku.

‘Armand syok kat aku?’sengaja aku bertanya dengan nada riak.

‘Eh,mana kau tahu’? Alin terkejut.

‘Eh,mana aku tau.aku gurau je lah.’aku cuba berselindung dari perkara sebenar.

‘D,dia memang jatuh cinta dengan kau.Dari tahun 2 lagi.aku best friend dengan dia
lah.Selama ni, kami banyak jumpa sebab dia nak tahu pasal kau.’Jelas Alin bersungguh.

‘Kau tak nak bagi di peluang ke D?’tanyanya lagi.

‘No. aku tak mau.aku taula dia hensem,baik,best student.tapi aku takde perasaan dekat dia.’ujarku sambil mengunyah biskut.

‘D,bagilah dia peluang.kesian dia aku tengok.kau tak dia pernah bertumbuk dengan Salman?’

Aku terkejut.hampir tercekit biskut yang sedang aku kunyah.

Alin mula jelaskan kenapa dia bertumbuk dengan Salman.Aku terasa macam cerita Hindustan pulak.Tak sangka pula diorang sanggup bertumbuk sebab aku. Padan muka Salman.Kena penumbuk sebab sakitkan hati aku dulu.Bagus juga Armand tolong balaskan dendam pada aku.Armand protective sungguh pada aku.Rupanya, tahun 2 dulu masa aku dan Salman bertengkar dia Nampak aku menangis dan sudahnya,Armand datang jumpa Salman dan singgahlah satu penumbuk di muka Salman sebab buatkan gadis idamannya, mengalirkan air mata.oh,sungguh romantik kamu ni Armand.Tapi,sorry Armand,seriously you are not may taste.Aku jelaskan pada Alin kenapa aku tidak suka lelaki seperti Armand.Alin menunjukkan muka marah,tanda tidak setuju.Pertama dia panas baran dan kedua aku tidak ada perasaan pada dia.aku bukannya marah pada Armand sebab dia tumbuk best friend aku.Aku suka Armand buat begitu sebab at least ada orang defend aku bila aku tengah bersedih.tapi aku tidak suka Armand mencederakan sesiapa.Aku termenung memikirkan Armand seketika.



“Invitation to MIT dinner. 20 October 2002.830pm.Swimming Pool area, Vistana Hotel “

Ramai berkerumun dekat announcement board tu.Yang bukan dari kursus IT pun sama menyibuk.Ifa bukan main lagi mengelinjat seronok.

‘Ei,tak sabarnye aku nak pergi.Armand sure hensem malam tu.’Ifa tersengih.

Aku memandangnya dengan sinis.

‘Dah kenapa kau ni Ifa,gedik semacam.’marahku.

‘Eh,mestilah.Ni lah masanya nak enjoy sebab dah stress buat final project.Otak mau rehat cik kak oi.’marah Ifa kepadaku semula.

Ini semua tak penting bagi aku,yang penting aku dah habis present dan presentationku mendapat pujian dari supervisor.Itu paling aku seronok.Esok Sabtu aku ambil keputusan untuk pergi ke rumah pakcikku,makan sedap-sedap.Malam ni aku nak layan cd cerita best-best yang aku tak dapat nak tengok sebab projek akhir ni.Yeay…itu yang paling seronok.

'Oi D,termenung apa!’jerit Ifa di sebelahku.

‘Takde apela.aku tengah fikir nak pergi rumah uncle aku esok’. Jawapku.

‘Ala D,janganla.kita join la party ni.sekali ni pun.last.lepas ni mana ada party dah.’Ifa cuba memujukku.

‘Nope.kau nak pergi,kau pergi.aku tak nak pergi.aku nak balik bilik.bye.’ujarku sambil melangkah laju meninggalkan Ifa yang terpinga-pinga.

Sampai bilik, aku tertidur dan terjaga lebih kurang pukul 7 petang.Aku termenung lagi.Aku mencapai telefon bimbit dan menghubungi  pakcikku untuk memberitahu yang aku akan ke rumahnya esok.Tapi hampa,dia dan isterinya outstation dari hari ini hingga Isnin depan.Aku temanggu seketika.Apa aku nak buat.Esok sure semua kawan –kawan aku sibuk nak pergi party tu.Patutke aku join?Nanti aku akan Nampak Salman dan aku akan jumpa Armand.2 orang yang aku benci.Sedang aku mengelamun,pintu bilik aku di ketuk.Aku bingkas dari katil dan membuka pintu.Jennab rupanya.Budak bilik sebelah.

‘Kenapa jennab,maghrib-maghrib datang jumpa aku ni.’Jennab senyap.Dia berjalan ke arah meja Alin dan mengambil buku Alin tanpa bersuara.Aku pelik melihat kelakuan jennab ni.Memanglah Jennab ni pendiam.Tapi takla sampai orang tanya tak jawap.Jennab berlalu keluar tanpa sepatah kata.Bulu roma aku meremang tiba-tiba.Cuba fikir positif.Tak sampai seminit Jennab keluar, Alin balik.


‘Kenapa kau ni D,macam nampak hantu’Tegur Alin.

‘Takde ape.aku baru bangun tidur.’selindungku.

‘Kau Nampak Jennab tak tadi?’tanyaku

‘Ada,kat kafe tadi tengah makan dengan roommate dia’. Jawap Alin.aku terkejut.terkedu dengan jawapan Alin.siapa yang datang bilik tadi?

Kes maghrib tadi bermain-main di fikiranku.Namun aku cuba tidak fikirkan.Betul,aku penakut bab ni.Lepas solat tadi, aku baca yassin dan ayat qursi banyak kali.Aku call mama dan menangis.Mama tenangkan aku.Dia bagi aku ayat al waqiah dan suruh aku baca al fatihah dan ayat qursi berulang kali.Nak pergi toilet pun aku suruh Alin teman dan pesan pada Alin malam ni tidur bukak lampu.Alin pelik melihat perangai aku.Aku tak nak beritahu dia sebab dia lagi penakut.Mau kena hysteria pulak budak ni.Aku cuba hilangkan perasaan takut tersebut.Aku ajak ifa dan Alin temanku tengok movie.Berapa movie kami layan.Dari cerita romantic,cerita sedih,cerita kelakar.Sampai pukul 4 pagi rasanya,kami tertidur.Aku tersedar pukul 10 pagi.Alin dan Ifa masih tidur.Aku kejutkan mereka berdua untuk pergi sarapan sebab perut terasa lapar sangat.


‘Alin,malam ni kau join tak party?’tanya Ifa pada Alin sambil menjeling pada aku.

‘Mestilah pergi Ifa.Party tu.’jawap Alin bersungguh.

‘Malam ni hostel sure kosong.Ramai balik kampung dan ramai pergi party tu.’sambung Alin.

Tiba-tiba aku teringat hostel aku majority budak IT.Selang 2 bilik aku budak bisnes dan sebelah bilik aku bilih Jennab.Oh no.Macammana ni.

‘Ifa, aku join la.Aku ikut korang ye.’ujarku dengan perasaan malu.Kalau tidak pasal hal Jennab tu,aku mesti dah duduk bilik sorang-sorang.Bukan aku tak pernah buat.Tapi sebab aku diganggu,terus aku terpaksa setuju untuk ikut budak berdua ni.

‘Yeay..Adia join kita.’jerit ifa dan alin tersenyum lebar.Aku, senyum terpaksa.Terpaksa sebab hantu Jennab.Damn.
 

DBFA- Bab 1


Semester terakhir di kolej. Projek akhir tahun dalam proses nak siap.IT student, projek akhir mesti berdasarkan programming.Macammana aku boleh terjebak belajar kursus ni sedangkan aku suka fesyen.abaikan.habiskan dulu diploma ni,kemudian cita-cita nak jadi fashion designer fikir lepas ni. 

‘Adia!' Aku menoleh ke belakang bila dengar namaku dipanggil.
Salman berlari-lari ke arahku.
‘Ha,awak kenapa?’tanyaku sambil mengerut muka melihat dia termengah-mengah.

‘D, final projek awak macammana? Software  jalan tak?’sambil menarik nafas termengah-  mengahnya.

‘oh, ada nak kena edit lagi.ada certain page tak jalanla.’balasku.

‘Minggu ni balik Ampang tak? tanya dia lagi.

‘Tak la.Rasanya semester ni memang tak balikla.nak siapkan projek.balasku lagi.

Ók,saya gerak dulu.nanti janji la bila nak tengok programming awak tu.'
 sambung salman sambil beredar.

Aku teruskan langkah pulang ke bilik asrama untuk berehat selepas seharian berada di kelas dan makmal untuk menyiapkan final project. Sedapnye dapat merehatkan badan di atas katil bilik kolej yang tak berapa nak empuk.entah kenapa tiba-tiba teringat pada Salman tadi.Salman,dia adalah kawan baik aku sejak zaman sekolah lagi.boleh dikatakan kawan baik sebab memang kami kawan baik. Satu sekolah,Cuma tak satu kelas.Satu tempat tuisyen,tinggal dalam kawasan Ampang juga.Aku kenal dia pun sebab kami selalu terserempak di LRT Ampang setiap waktu pergi dan balik sekolah semasa aku belum pindah ke sekolahnya.Aku berulang dari Ampang ke KL setiap hari untuk ke sekolah.Sampai satu masa aku beritahu mama yang aku nak pindah sekolah.


Entah macammna aku dapat keberanian tegur budak Salman ni tentang sekolahnya.Masa tu tingkatan 3.Aku selalu nampak dia dengan pakaian pengawasnya dan lencana sekolah nya begitu menarik perhatian aku.Satu hari tu,semasa balik dari sekolah,aku menegurnya.

‘Awak,saya nak tanya.Awak sekolah mana ye?’tegurku dengan selamba.

‘Hi, saya sekolah Sri Indah.’jawapnye malu-malu.eis..aku pulak yang tak malu.

‘Oh, saya nak tau pasal sekolah awak sikitlah.’

Kami pun mula berbual dengan tentang hal sekolah.Semua aku ceritakan pada dia yang aku kene berulang jauh untuk ke sekolah sekarang sebab aku baru pindah dari bandar F ke Ampang ni.Sejak dari situ, kami bertukar alamat email dan berchatting tentang sekolah dan proses nak pindah.Aku suarakan pada mama dan papa tentang perkara tersebut dan mereka setuju.Tingkatan 4 aku pindah ke sekolah Sri Indah.Salman masih di situ.Dia la kawan pertama aku di sekolah itu. Dan aku tak sangka pulak dia tu pelajar terkenal kat sekolah tersebut.Dan aku pun menjadi terkenal sebab first day ke sekolah aku kene tahan dengan pengawas sebab tak pakai tudung.Tapi, sekolah lama aku boleh tak pakai tudung.Habis waktu sekolah, Salman datang dan bercakap tentang isu tudung.dan aku faham.Keesokkannya,aku datang bertudung. 2 tahun kami berkawan selama berada di sekolah tersebut walaupun kami berlainan kelas dan kebanyakkan rakan-rakannya tidak suka kami berkawan.Sehingga hari ini aku tidak ada jawapan kenapa kawan-kawannya tidak suka kami berkawan.Sebenarnya, banyak perkara yang terjadi dalam persahabatan kami.Aku tak tahu macammana nak simpulkan tentang persahabatan kami.Demi allah,niat aku untuk berkawan dengan dia kerana aku tahu dia sesuai menjadi sahabat yang boleh diharap.


Masa SPM,tingkatan 5,hubungan kami makin rapat kerana tuisyen bersama.Mama dan papa aku pun dah kenal dengan dia. Makanan kegemarannya dari masakan mama aku adalah mee kari. Aku tak pernah tahu dia ada girlfriend.Bagi aku tingkatan 5 tu tak perlu nak fikir pasal benda tu sebab masih mentah.Ya,aku ada berkawan dengan ramai lelaki tapi tak sorang pun aku declare sebagai special.2 bulan sebelum SPM,dia datang jumpa aku dan explain tentang hubungannya dengan seorang gadis yang bernama Ziandra.Yang pasti bukan dari sekolah kami.Tapi dari tempat tuisyen kami.Ok,saya faham situasi dia dah ada kekasih.Tapi yang aku tak faham, Ziandra tidak benarkan dia rapat dengan aku lagi.Aku terkedu.Aku hilang kawan baik sebab dia ada kekasih.Aku tak sedih tapi aku rasa ini mengarut.Yang pertama sebab,kekasih kau ni tak sporting langsung.Kedua,kau ingat ini zaman dulu kala ke ape.Dan aku putuskan yang aku ok if dia tak rapat dengan aku lagi demi kekasih dia tu.Sedih jugak hujung minggu bila kelas tuiyen aku tak dapat pergi dengan dia.Aku duduk dalam kelas sensorang sambil nampak kelibat dia dengan kekasih hati dia.Suck.


Aku bukan sedih sebab aku bukan kekasih dia.Tapi ada satu perasaan dekat situ yang bermain-main dalam fikiran aku melaung-melaung kenapa.Kenapa dan kenapa.Kenapa dia buat aku macamtu.Kami berkawan,bukan pasangan kekasih.Kenapa Ziandra tak kasi aku berkawan dia.Takkan Ziandra jeles sebab aku lagi cantik dari dia.Ye Ziandra,aku tahu kau anak orang kaya dan tak berapa cantik ,dan aku orang biasa. Dan Salman,sebab kau dapat anak orang kaya,kau tak nak kawan dengan aku.Ah,korang berdua sama.



‘D, bangun,solat.Manghrib dah ni.’aku terasa kakiku di tarik-tarik.Aku bangun perlahan-lahan mengesat mata dan menguap.Aku tertidur rupanya.Alin mengeleng kepala.

‘Dah berapa lama kau tido ni.’

‘Entah.balik kelas tadi,lepak-lepak kt katil,terus tertidur.’jawapku.

‘Aku nampak Salman dengan kau tadi kat bawah pokok,apa dia nak.’Garang Alin menyoalku.Alin tahu cerita antara aku dan Salman.

‘Oh,takde ape.dia Tanya pasal aku punye final project.’ringkas jawapanku.

‘Erm,ye ke tu.ke nak menyulam kasih dengan kau.’Gurau Alin.

‘Ish. Takdela.’longlai aku bangun mencapai tuala ke kamar mandi.






Malam minggu di asrama kolej.Ada yang balik ke kampung.ada yang keluar bandar,ada yang berdating. Aku dan Ifa,sibuk menyiapkan final project.Minggu depan minggu terakhir untuk present sebelum final presentation.

‘D, aku rasa aku punye chapter 2 tu programming tak jalan la.Bila aku run asyik error.’ Ifa memadangku dengan muka risau sambil mataku melihat screen laptop Ifa yang penuh dengan code dan nombor.

‘Apa yang error.bagi aku tengok jap.’aku cuba menolong Ifa sambil jari jemari laju menekan papan kekunci.

‘Erm, tak berjaya.Aku try and error pun error lagi.’ujarku sambil tersengih.

Ifa dah gelabah.muka dah nak nangis.

‘macammna ni D,matilah aku.esok dah Ahad.Isnin aku slot pertama kena present pulak tu.’Ifa dah start buat perangai meroyan dia.

‘Kejap, aku tanya Joe.mana tau dia boleh tolong.’aku mencapai henfon dan sms pada Joe, pakar programming di kolej.

Adia: Joe,ada kat hostel tak?aku nak minta tolong tengokkan Ifa punya programming ni,tak jalan.asyik error.

30 saat lepas tu sms masuk.

Joe: D, sorry.aku balik hometown.

Alamak,balik kampung pulak budak ni.Erm,siapa lagi yang aku boleh mintak tolong ni. Dan secara automatic, wajah Salman terbayang.cepat-cepat aku sms dia.

Adia: awak ada kat hostel ke?

Tak sampai 30 saat,sms masuk.

Salman:ada kenapa D?

Aku tersenyum lega.

Adia:nak mintak tolong tengok ifa punye programming.asyik error.isnin dia nak kene present dah.jumpa kat kafe setengah jam lagi boleh?

Salman: ok,boleh.


Fuhh,Berjaya.walaupun ada cerita sedih antara aku dan dia,kami cuba untuk bersikap professional dan anggap semua yang jadi adalah ketentuan.

 Aku dan Ifa menunggu Salman sambil menikmati roti canai dah nescafe tarik café.Boleh tahan sedap.ye lah dah 3 tahun makan masakan makcik kafe ni,dah sebati rasa.10 minit kemudian,Nampak kelibat Salman dari jauh.Salman,dia dikenali dan popular sebab pertama dia berbaby face.rambut potongan nick carter backstreet boys,putih dan comel sebab dia tak tinggi.dia tinggi sikit dari aku.kadang-kadang aku tak boleh berdepan dengan dia selepas cerita sedih tu,sebab banyak kenangan akan datang mengamit semula.
‘Korang,lama tunggu? Sorry k.tidur tadi.' sengih dia.

‘Kitorang dah selamat makan 2 keping roti canai ni’balas ifa. Aku menyedut saki baki air nescafe ais di depanku.

‘So ape masalahnye.’tanya Salman.

Ifa menjelaskan masalhnya yang dihadapinya.aku tolong dengar dan tengok apa mamat tu nak buat.

Sedang kami berbincang tentang masalah programming tersebut, telefon ifa berbunyi.

‘Korang,aku balik bilik kejap k,diorang kata tingkap bilik aku pecah.Nanti aku datang semula.’jelas ifa.

Aku dan salman mengangguk. Aku tak suka sebenarnya berdua dengan Salman.sebab selepas apa yang terjadi dulu,kami memang seperti tak mengenali satu sama lain.

Aku biarkan Salman meneruskan kerjanya sambil aku menyiapkan reportku.jam menunjukkan pukul 830 malam.Kafe tutup pukul 12 malam.kata Salman,makan masa sikit sebab nak cari coding baru.

Kami dipisahkan dengan labtop Ifa ditengah-tengahnya. Sambil mencatat maklumat untuk report,aku menjeling Salman sesekali dan memikirkan tentang persahabatan kami dahulu.

Sayangnya Salman,persahabatan yang kita bina dulu tak boleh di gam dan kembali seperti dulu.aku terasa seperti orang asing dalam hidup kau sedangkan dulu kau dan aku seperti kembar yang tidak ada apa perlu dirahsiakan.

‘D, saya rasa saya tahu kenapa ifa punya software ni tak jalan.System tak support coding.’

Fikiranku masih melayang terfikirkan kejadian 2 tahun lepas.kejadian yang menyebabkan aku dan Salman tidak bertegur siapa dan dia buat pertama kalinya menghancurkan hati aku sebagai sahabat.


‘D,awak dengar tak.’Salman menguatkan suaranya.

‘Salman,kenapa kita jadi macammni?’aku tiba-tiba bersuara.dia memandangku.

‘Awak masih teringat perkara dulu?’Salman merenungku.

‘Awak rasa?’balasku. dia terdiam dan tidak memandangku.pandangannya dilontar ke bawah.seolah-olah tidak berani bertentang mata dengan ku.aku cuba untuk tidak mengungkit hal lama,tapi kesan luka dalam hatiku masih belum baik walaupun dah banyak ubat cuba aku letak.scar masih ada.aku masih ingat, October adalah bulan lahir kami.Kami kongsi bulan lahir yang sama.mungkin sebab itu kami boleh menjadi pendengar dan sahabat yang baik.


Sebulan sebelum majlis hari jadi aku,dia janji akan datang dan celebrate bersama sebab mama dah janji nak masakkan mee kari untuk dia. Aku tahu pertelingkahan ni macam mengarut tapi puncanya dari majlis hari jadi aku dan seterusnya meretakkan sebuah persahabatan.2 jam sebelum majlis bermula,Salman datang dan memberitahu yang dia tidak boleh datang sebab ada hal keluarga.Aku faham sebab hal keluarga.Ziandra aku jemput sekali kerana tahu dia kekasih Salman.Jadi,tak timbul sebarang isu pun. Saat dia mengatakan yang dia tidak boleh hadir,hati aku remuk kerana aku mengharapkan dia untuk datang meraikan hari jadi bersama-sama.Sedangkan mama aku pun dah anggap dia seperti anak sendiri.Dan lebih berkecai hati, aku dapat tahu dia tak datang bukan sebab ada hal keluarga,tapi dia bersama Ziandra,meraikan hari jadinya di sebuah hotel.Sejak dari hari itu,hari jadi aku kami berdua terus renggang dan putus sahabat kerana dia telah menipu aku.Aku tak akan marah kalau dia jujur terhadapku.


‘D,saya minta maaf.saya tak tau ini kali ke berapa ratus saya minta maaf pada awak.’

Aku menundukkan wajah.aku tak nak menangis depan dia.aku tiada perasaan cinta pada dia tapi kenapa aku terlalu sedih bila persahabatan kami putus.

‘Salman,sampai sekarang saya terfikir kenapa awak ikut saya belajar kolej yang sama.sedangkan awak tau Ziandra memang tak suka awak rapat dengan saya.saya terfikir kenapa.dan sampai sekarang saya tak dapat jawapannya.’aku menguatkan semangat untuk meluahkan apa yang aku rasa.


‘Awak tau apa perasaan saya saat awak tegur saya masa first day kolej di pejabat pendaftaran?’


‘Saya terkejut.Saya terkejut sebab hampir setahun kita tak berhubung, tiba-tiba awak muncul depan mata saya.Apa sebenarnya tujuan awak.Ziandra suruh awak sakitkan hati saya?Atau awak yang suka tengok saya sakit hati.’air mata mula bergenang.shit.ini bukan aku.aku bukan mudah menangis.dan bodohnya aku kerana menangis sebab lelaki yang yang sakitkan hati aku.nasib orang tak ramai kat kafe dan tempat kami tersorok sedikit.

Salman tiba-tiba menggengam tanganku.


‘Adia,saya tau awak kecewa,rasa tertipu dengan saya.awak nak tau tujuan saya belajar kolej yang sama dengan awak.Awak nak tau macammana saya tau awak belajar di sini?Mama awak yang beritahu saya.Saya bertekad,lepas Ziandra tinggalkan saya,saya nak jumpa awak,nak jelaskan perkara sebenar.Tapi saya tak dapat peluang tu.Awak menjauhkan diri dari saya.Hampir 3 tahun kita belajar kolej yang sama,saya tak dapat peluang tersebut.Dan,saya sering di ugut oleh Armand supaya jauhkan diri saya dari awak.

Aku terkedu bila nama Armand dikaitkan.Kenapa dengan Armand?

Bersambung...