Tuesday, 25 April 2017

DBFA Bab 12

Ampang ke Cyberjaya.Mrr2 dan Mex highway.perjalanan yang patutnya 45 minit jadi sejam 15 min disebabkan kesesakan lalu lintas di MRR2. Aku keluar seawal 6.45 pagi untuk elak kesesakan lalu lintas di sini.tapi, terkena juga. Hari ini hari pertama aku akan lapor diri di Firma Borhan Arkitek. Firma Arkitek yang terkenal di Malaysia. mempunyai beberapa cawangan di Asia Tenggara.Sebagai junior arkitek, rasanya memang ini peluang keemasan untuk aku mencari pengalamanan. Satu jam setengah melayan jam, akhirnya aku sampai. Kereta kelisaku perlahan mencari petak-petak kosong parking dan mataku terpandang sebuah petak kosong di sebelah kereta mini cooper putih. segera aku meletakkan kelisa di sebelah mini cooper tersebut dan tersengih-sengih melihat betapa jauhnya perbandingan kereta buatan Malaysia dan German. Tapi kelisaku super power juga.sayang sangat dengan kelisacooper ku ini. 

Jam di tanganku menunjukkan 10 minit lagi pukul 9 pagi. segala dokumen yang diperlukan telah siap aku masukkan ke dalam beg. dengan lafaz bismillah aku menolak pintu kaca lobi yang tersergam indah itu. bangunan 8 tingkat moden di Cyberjaya. Memang moden dan classy. Senyuman kulontarkan pada receptionist wanita berbangsa india itu.
'Hi, my name is Adia Natalia Bt Izaq. I supposed to meet Mr Rahimi for report duty today.' jelasku kepada gadis comel di depanku. Belum sempat dia berkata-kata, seorang lelaki datang memarahinya.

'Susan, siapa yang parking dekat tempat i. Dah la tak letak contact number. shit.'Tenking lelaki tersebut.

Aku terkedu.darah berhenti.Aku curi parking dia ke.Tapi no reserved sign pun. Orang lain kot. Aku ke belakang sedikit untuk memberi ruang antara lelaki tersebut dan gadis india tadi.

'Sorry bos, i tak tau siapa yang parking tempat u.Sekejap i panggil Abang Mat minta tolong carikan owner kereta.'Terketar-ketar gadis india tersebut menjawap.

'Cari cepat. I ada meeting lagi setengah jam ni. Kereta kelisa silver. Siapa yang pandai-pandai parking sini.'marahnya lagi.

erk.Aku tergamam.alamak!Memang aku parking tempat dia.Adia menghampiri lelaki tersebut.

'Encik, maafkan saya. Saya tak tahu parking tu reserved. Saya yang parking tempat Encik. sebab no reserved sign. Maafkan saya.Saya alih kereta tu sekarang.' 
laju Adia meminta maaf dan keluar seperti lipas kudung menahan malu dan takut jugak. sampai lelaki garang tu tak sempat berkata apa-apa. gadis India tadi hanya menggelengkan kepala melihat situasi tersebut.

'fuhhh..first day dah macamni.Mana pulak aku nak cari parking ni.'
Adia membebel seorang diri. 10 minit mencari tempat parking, akhirnya ada parking di basement yang boleh diparking untuk guest.dia berlari-lari anak sebab masa yang dijanjikan untuk report duty patutnya 9 pagi.tapi sebab drama yang terjadi tadi, dia lewat 10 minit.
Gadis India bernama Susan itu menyuruhnya naik ke tingkat 5 untuk berjumpa dengan En Rahimi, super senior Arkitek atau merangkap ketuanya. 

Adia menarik nafas panjang dan membaca doa  semuga dipermudahkan segalanya.
Daun pintu yang mempunyai nama Rahimi Borhan di ketuk.Adia di pelawa masuk.Daun pintu ditolak.Adia melihat seorang lelaki sedang duduk membelakangi meja mengambil sesuatu. 

'Assalamulaikum En Rahimi. Saya Adia Natalia. Saya perlu lapor diri kepada En Rahimi hari ni sebagai junior arkitek di firma ini mulai hari ini.'

'Saya minta maaf saya lewat 10 minit mencari parking. 'Adia menjelaskan dengan nada bersalah dan risau kerana lewat melaporkan diri pada hari pertama kerja.

'Sila duduk Adia' . lelaki tersebut memalingkan badan dan seraya mukanya terkejut.Dan Adia terbeliak melihat En Rahimi. 

'Ha, kau yang parking tempat aku tadi kan!'Marah pemuda tersebut.
' Ya..saya dah minta maaf tadi, saya tak tahu itu parking En Rahimi. sekali lagi saya minta maaf.'
 Terketar-ketar aku meminta maaf. Dalam hati rasa menyampah dengan dia ni sebab ego.tapi disebabkan hari pertama dan dia bakal bos aku, jadi aku mengalah dahulu.

'Aku  takde masa lagi untuk ice breaking dengan kau.Sebab aku ada meeting sekarang.' dia menyusun fail dan pelan2 di atas meja sambil menekan interkom.

"Aini, tunjuk bilik budak baru ni.' tanpa sebarang senyum dan kata-kata, dia meninggalkan aku terpinga-pinga di dalam bilik besar itu.

Aku menghempaskan beg dan dokumen lain ke atas meja. Kak Aini menunjukkan bilikku yang sederhana besar tetapi selesa. Kak Aini, sekreatari kepada En Rahimi dan jelaskan kepadaku perangai En Rahimi yang memang sentiasa garang tak bertempat tu. 
'Huh..kesian anak bini dia dapat suami dan ayah yang garang macamtu' bebelku.
'Single lagi tu cik Adia' sampuk kak Aini yang tetiba datang membawa id kad dan akses kad untuk memudahkan aku keluar masuk pejabat. Aku mencebik. Kak Aini tergelak kecil. 

Lunch hour aku ke restoran berhampiran officeku seorang diri memandangkan belum sempat berkenalan dengan rakan-rakan lain kerana kebanyakan mereka keluar site. Wassap dari tadi bertubi-tubi masuk. belum sempat di buka. 

Armand:
'Hi B, how's your first day?'
'ok tak.bos macammana?'
'lunch dengan siapa?'
í busy hari ni, meeting all day'
'nanti i call u ok'

Mama
'Adia dah sampai tempat kerja? Hati-hati bawa kereta ye sayang.'

telefon kuletakkan di atas meja. nescafe air kuhirup sambil memerhatikan gelagat orang ramai di sekeliling cafe  tersebut. semuanya bergaya dan nampak prefesional.
sedang aku mengelamun aku terdengar namaku dipanggil seseorang.

'Adia!' 

Aku menoleh. Salman di depannya.

'Adia, Hai.apa awak buat kat sini?' Salman menarik kerusi didepanku dan duduk.
dalam hatiku , ish mamat ni.aku tak jemput duduk pun.

'Eh,awak buat apa kat sini? Office saya kat sini.'jelasku sambil menghirup nescafe ais yang dipesan tadi.
'Seriously?. Saya kan kerja kat HP.bangunan sebelah tu je.'tunjuk Salman bangunan kelabu yang besar dan bersebelahan cafe yang kami sedang berbual ini. 

'oh.Saya kerja kat Arkitek firm Borhan tu.baru report duty hari ni.' 
 Adia sambil lewa berbual dengan Salman yang baginya macam seseorang orang yang baru.budak tu banyak berubah.mungkin kerana faktor umur masing.

'Great, boleh lunch setiap hari dengan awak.Nanti saya bawa awak lunch kedai ayam bakar sedap kat sini.' senyum Salman.Aku hanya tersenyum. Mungkin Salman dah lupa kata-katanya semasa di Kuantan dahulu. Mungkin dia dah hilang ingatan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jam menunjukkan pukul 4 petang. Lagi satu setengah jam tamat waktu bekerja.Kak Aini mengarahku ke bilik En Rahimi. katanya bos nak berjumpa. Berderau darahku mendengar nama En Rahimi.Adia bergegas ke bilik ketuanya takut jika lambat lagi, bertambah marah orang tua tu nanti.

'En Rahimi nak jumpa saya?'  aku menyua kepala di sebalik pintu biliknya.
'Masuk'. Arah lelaki berumur 28 tahun itu.Adia berjalan perlahan dan berdiri di depan ketuanya. Lelaki itu memandang Adia dari atas sampai bawah.macam scanner.Adia rasa tidak selesa.Dia mendehem.

'Minggu depan ikut saya ke Penang.out station. Ada projek yang awak perlu uruskan di sana. Siapkan pelan yang saya bagi ini.' lelaki tersebut mencampak beberapa report tebal dan gulungan pelan di depannya.

'Jangan lupa siapkan dan study sebelum presentation Isnin nanti.Tiket kapal terbang,hotel Aini akan uruskan.' sambungnya lagi.Adia masih terkebil-kebil memikiran hal itu.Dia mengangkat segala report dan gulungan pelan yang diberikan itu balik kebiliknya.dia buntu. Baru sehari bekerja dah diarah ke luar kawasan. Berdua dengan ketuanya pula. Apa Armand akan cakap nanti.Macammana nak cakap dengan Armand.
Adia termenung menunggu waktu kerja tamat.




 

 
 








 

Wednesday, 5 April 2017

DBFA-Bab 11

January 2014
 
Surat tawaran kerja dari firma arkitek di Cyberjaya masih ditanganku. Aku harus memikirkan sedalam-dalamnya untuk menerima tawaran kerja tersebut memandangkan jarak dari rumahku untuk ke Cyber agak jauh. Mama dan papa menyokong segala keputusan yang dibuat olehku. Am juga tidak kisah jika aku ingin menerima atau menolak tawaran tersebut. Aku tak mahu keluar menyewa sebab kesiankan mama dan papa.Tambahan pula aku anak tunggal keluarga.Kesian mama papa kalau aku jarang berada di rumah.

Am pula dah sebulan mula bekerja di Schlumberger, syarikat besar dan terkenal. Tak hairan, Am boleh dapat kerja di situ.Dia budak yang pandai,ada karisma dan memang sesuai dengan gaya dan jawatannya sebagai jurutera di situ. Dah 3 bulan aku menganggur. Rasa bosan juga duduk rumah.Duit poket pun dah menyusut. Keluar dating haruslah Am yang belanja.Tapi segan jugakla.Rasanya memang aku kena terima tawaran kerja di firma tersebut memandangkan gaji yang ditawarkan untuk lepasan ijazah tanpa pengalaman kerja dalam bidang rekabentuk ini agak lumayan juga.Cuma aku perlu ada budget yang betul untuk minyak kereta dan tol. Harap-harap my kelisa cooper tak meragam.Insyalllah semuanya dipermudahkan. 

Sabtu, Pavillion jam 3.00 ptg. Jalan Bukit Bintang  memang agak merimaskan dan menyesakkan.Armand masih memusing mencari parking. Sudaah 3-4 kali pusing di tempat yang sama. Dia dan Mitshubisi Subaru nya memang dah sehati sejiwa.Sesekali Armand mendengus dengan keadaan di situ.

'I dah cakap, Saturday B, Pavillion memang sesak.'Aku merungut.
'Sabarlah sayang, mesti ada parking ni. U doa2.I nak belanja u tempat special ni.' Armand masih melilau mencari parking.
'B, situ ada.cepat-cepat. Ke u nak i turun berdiri kat situ?' Gurauku.Armand memecut laju dan nasib baik,rezeki kami dapat parking tersebut. Dia tersengih.
'Finally.Silakan tuan puteri,kita dah sampai.'Armand mencuit hidungku.

Kami jalan bersebelahan.Sesekali tangan dan bahu berlaga. Armand tersenyum gatal.Aku menjeling, amaran kepadanya.Dia memang faham sangat.

'B, nak pergi mana ni.I dahla pakai selekeh ni.' Aku mengomel.
'Selekeh apa macamni,ni memang gaya budak-budak pergi Pavillion ni.' Dia tergelak, menyakatku. 

Aku memang bukannya pandai bergaya  sangat. Bagiku skinny jeans dan blouse paling selesa. Heels? A big no for me. Aku sakit kaki kalau pakai heels lama-lama.Memang aku rendah.Kalau berjalan sebelah Ármand memang nampak sangat aku kemetot. Armand memang tinggi. Ketinggiannya 180 cm dibandingkan dengan aku cuma 150 cm. Memang dia selalu berpeluang selekeh kepalaku.

Kami melangkah masuk ke restoran Dome.

'Sayang, u teman i cari baju kerja lepas ni ok. Baju kerja i ada 3 helai je. Umi pun bising i asyik kebas baju my dad.' 

Aku mengganguk sahaja.

'Ok boss, kene makan dulu.i lapar gila ni.' Aku mengerut.

Sambil makan kami berbual tentang kerja, tentang masa depan, tawaran kerja yang aku dapat. Nasihat Armand aku ambil kira juga memandangkan dia orang paling rapat denganku sekarang selepas mama dan papa.So it's confirmed that i will accept that job offer. 

'Insyallah sayang, u akan ok kerja sana. Firma tu famous kan. Bukan calang-calang orang boleh dapat kerja kat situ. Ni bukal praktikal tau.It's a job offer.' Armand menasihatiku.

'Pasal travel tu, tak jauh sangat. U kan terrel bawa kete. Kelisa cooper tu kalau u bawa,dah macam ferrari tau.'Guraunya lagi.

'Ala, nak perli la tu.Mentang-mentanglah dia pakai  Subaru,laju gila.'aku mencebik. Armand tergelak kecil.

'Janganla merajuk,gurau je la.Jom kite makan dessert. I tau u suka choc brownies kan. I dah order.' pujuk Armand. Aku tersenyum. 

Tak sampai 3 minit, dessert kami sampai. Aku memang suka choc brownies. Memang seronokla.Armand memang tahu apa yang aku suka dan tak suka. 3 bulan kami bersama, banyak juga perangai aku yang dia dah masak.Aku? masih lagi mencari-cari dan memerhati gelagatnya, perkara yang disukai, tidak disukai.Satu sikap Armand yang aku sangat suka.  Dia happy go lucky. Tak pernah marah.Sentiasa senyum,gembira dan nampak cool.

Aku menyuap sedikit demi sedikit choc brownies tersebut.Menikmatinya dengan penuh khusyuk.Langsung tak offer pada Armand.Armand memandangku makan dari tadi.

'Makan pun cantikkan Adia.' Pujinya.
'U ni pulak memang sweet talker dari dulu kan.'marahku. 
Sedang aku menyudu brownies tersebut,terasa seperti ada sesuatu di dalam kek tersebut. Aku mengangkat keluar dan ada sebentuk cincin berlian di dalamnya. Aku terkejut dan memandang Armand.

'Eyueww, siapa punya cincin tertinggal dalam kek ni.Nak muntah i makan brownies ni.'aku membebel. Armand tergelak besar melihat sikapku.

'Hahahaha...Adia,Adia.Cuba u tengok cincin tu betul-betul.Diamond ring tu.'Armand masih lagi ketawa.
'I nak panggil waiter' Tanganku melambai waiter di depanku. Armand merentap tanganku isyarat tak perlu panggil.
'Kenapa ni B. Restoran ni 5 star kot, tapi kotor ada cincin dalam kek. Kena complaint la macamni.Aku merungut lagi.
'Adia, that ring is for you. I yang suruh waiter tu letak dalam brownies you. Suprise utk u sayang.'Armand mememang kedua-dua belah pipiku. Aku tersentak.

'What, for me? B, U jangan main-main. Kalau i termakan tadi macammana. Dahla diamond ring ni.' Aku terkedu.Armand masih tertawa kecil melihat gelagatku.

'Sayang, diamond ring ni menandakan i nak propose you to be my wife.'Armand memegang tanganku.Orang sekeliling dah melihat drama kami.Mukaku berubah merah.<alu.
 'Will you marry me?'Tanya Armand.Dan tidak semena-mena datang pula waiter Dome sambil main violin lagu Bruno MArs, Marry me ke arah kami. Memang aku terkedu.Patutla dari minggu lepas dia asyik cakap jangan tak jadi dating sabtu ni.Dia ada plan rupanya.

'Can i think about it?'aku masih menunjukkan keegoanku.Orang-orang dalam kafe tersebut dah ketuk-ketuk meja sambil jerit say yes!say yes!
Armand, aku rasa nak tumbuk kau.Walaupun memang aku nak kau jadi suamiku.Dengan terpaksa rela aku mengangguk.
'Yes, i do.' Aku menjawap sambil tersenyum. seraya orang-orang dalam kafe tersebut menepuk tangan dan bersorak. Oh my, memang malu.
Aku mengajak Armand keluar sebab malu yang teramat sangat. Kami ke taman berhampiran.

'B, apa awak buat ni? Are you serious? Awak dah banyak duit ke nak kahwin ni? Awak baru sebulan kerja.Saya baru nak kerja. Mana kita nak dapat duit B?' panjang lebar aku berleter sambil Armand membuat muka serius.
'Sayang, u tengok muka i.Serius kan?' Yes sayang, i memang nak jadikan u as my wife. I dah lama sangat simpan perasaan pada you. Since kolej di Kuantan.Dan i tunggu kita habis belajar dan i memang tekad i takkan lepaskan u. U are so special to me Adia. I tak nak kehilangan u. We're meant for each other Adia.' panjang lebar Armand menjelaskan perasaanya padaku.

'I akan suruh umi dan daddy merisik you. Kita boleh kahwin tahun depan.Kita buat perancangan dari sekarang.Simpan duit dan plan for everything.Kita dah umur 25 Adia.'Armand meneruskan kata-katanya.Aku memandangnya tanpa berkelip.Gila ke budak ni.25 tu muda lagi.

'Mana cincin tadi? Bagi I, I nak pakai.Dahla membazir beli cincin berlian.Berapa ribu ni? Marahku pada Armand. 

'Janganla marah sayang, cincin ni tak mahal pun.i beli RM 50 je kat Lubisa KLCC.'Armand tertawa kecil sambil menyarungkan cincin kononnya berlian itu.
'Cehhh...Lubisa? It's ok B,Lubisa or whatever pun, i'm so happy with you. Apapun jadi pada u, i tetap dengan u.' Aku memandang Armand dengan penuh kasih sayang.

'Dah,jom beli pergi cari baju u.'marahku.
'Sayang, jom kawin hari ni.Tak sabarlah.'Armand menggatal. aku mencubitnya.dia menarik muka masam. Kami masuk ke dalam Pavillion semula untuk mencari baju-baju kerja Armand dan juga baju untuk aku memulakan kerja sebagai junior arkitek di Firma Borhan Arkitek.



 

 

Monday, 3 April 2017

DBFA-Bab 10

Semalaman fikiran aku memikirkan apa yang terjadi petang semalam.telefon off.Kejam ke aku tak memberi peluang pada dia.aish,macam drama tv pulak. Langsung tak beri peluang.Baiklah.aku nak tengok sama ada dia akan call aku lagi atau tidak.Adia mencapai telefonnya dan melihat ada berpuluh missed call di screen telefonnya.Separuh sahaja nombor Armand, mama dan no tak dikenali.
Kali ini ring tone lagu Jason Mraz, Lucky kedengaran lagi. Aku menjawap dengan tenang.
'Hello Am.' suaraku sedikit perlahan.
'Adia, Am ada luar rumah Adia.Please, let me explain to you. I nak jumpa u.'Armand merayu.
Aku bergegas keluar dari bilik.Perasaan rindu membuak-buak. Ya, aku rindu sangat pada Armand.
Aku mengintai dari jendela rumah. Armand berseorangan. Semakin tampan dan matang. Walaupun kami berkongsi gambar dan video call, tak sama dengan nampak depan mata.Aku rasa macam nak lari and peluk Armand sekarang. Tapi,aku tak boleh buat macamtu. Ego aku masih kuat.

Aku menghampiri Armand. Armand memandangku dengan senyuman sayu. Mungkin rindu padaku atau mungkin rasa bersalah? Siapa tahu.
'Adia.Sayang...kenapa u tak  jawap my call.Adia, u salah faham.'Armand memulakan bicara.Aku diam.seolah-olah memaafkan dia.Tapi dalam fikiranku, seribu satu persoalan.
'Adia, girl yang u nampak tadi my cousin.I dah anggap dia mcm my sister.U tau kan i anak tunggal dalam keluarga. I bawa my cousin.Dia ada dalam kereta belakang kereta i. I tak nk u salah faham.'

Adia memandang kereta mini cooper di belakang kereta armand. Seorang gadis cantik keluar. Umur dalam linkungan 20-an juga.
'Hi kakak, saya Raniya, abang Am's cousin. Sorry kakak, saya rapat dengan monyet ni.Sebab tu kami macmni.Jangan salah faham ya sis.' Gadis tersebut mengulur salam perkenalan.

Aku terkedu. Gaya macam matang, tapi cara bercakap macam budak-budak. Aku senyum menyambut salamnya.Aku masih diam tak berbicara.
'Abang Am, Niya balik dulu tau.Pandai-pandai abangla settle dengan kakak Adia k.'Gadis tersebut mengenyit mata ke arah Armand dan berlalu pergi sambil diperhatikan kami berdua.

Armand mendekatiku. Tanganku dicapai.aku masih diam.Malu kerana tidak memberi peluang padanya.Malu kerana ego yang terlalu tinggi. Malu yang teramat malu. Kalau boleh lari aku lari.Tapi magnet Armand sangat kuat.

'Adia,marah Am lagi?' Lembut Armand bertanya.aku sekadar menggeleng.kalau ikutkan hati mahu aku peluk armand kerana rindu yang sangat sangat rindu.tapi ilutkan hati nanti badan binasa.merepekku dalam hati.

' I minta maaf Am.I jealous tak tentu pasal.' Tuturku. Armand mengusap pipiku.
' I miss u so much Adia.' Kata Armand.

' Date with me please' sambungnya lagi. Tanganku masih digenggam kuat.aku terpaku.Berfikir sama ada untuk kata yes or no.
‘So yes or no Adia? Armand masih menunggu jawapan. Aku tersenyum mengangguk. Armand melompat gembira.
‘Yesss, finally.I love you so much!Yahoo!’Armand ketawa girang.