Tuesday, 8 December 2015

DBFA-bab 9

Tiga tahun berlalu

Adia menarik bagasinya menuju ke ruang menunggu.Orang ramai membuatkan Adia mengeluh melihat jam tangannya yang menunjukkan hampir jam 4 petang.Perjalanan lama dari Heatrow tadi membuatkan dia letih.Bayang mama dan papa tak kelihatan.henfon di tangannya berbunyi.suara mama kedengaran.

' Adia dah sampai KLIA? Kami tak boleh fetch adia. MAkcik Muna meninggal.Mama dan papa otw ke Perak ni.'Aku terkejut mendengar apa yang disampaikan mama.

'Innalillahiwainalillahirojiun.Takpela ma Adia Balik sendiri.Kunci rumah adia ada.mama dan papa drive carefully ya.kita jumpa esok.kirim Salam semua ya.

Adia melangkah perlahan menuju ke tempat teksi.dia hanya mahu sampai ke rumah cepat untuk mandi dan berehat.Sedang dia menanti teksi dia terdengar namanya dipanggil seseorang.adia menoleh ke belakang.

'Hi Adia.are we in same flight just now?'

Mikhael menegurnya.

'Eh, Mikhael,I'm not sure.Maybe.' Adia menjungkit bahunya.

'U tunggu teksi ke.Jomla kita balik together.My cousin dah sampai tu.' Pelawa Mikhael.

' No it's ok. I naik cab.Susah kan your cousin pulak nanti. Adia menolak pelawaan Mikhael.
'Please.jom..jom.dah nak malam nk.Bahaya kan u naik cab sorang-sorang nak balik Ampang tu. Plus my cousin pun duduk Ampang.So sekali jalan boleh hantar u.' Pujuk Mikhael.

Adia diam sekejap.Berfikir. Dan akhirnya menerima pelawaan rakan seuniversitinya itu.
Mikhael menarik bagasi Adia menuju ke kereta yang telah menunggu hampir 15minit dari tadi.adia mĂ©ngekori Mikhael ke kereta.terasa malu dan segan. 
Pintu kereta di buka. Adia masuk dan duduk diam di belakang.

' oh man, why u so late? ' Tanya kawan Mikhael. 
Suara yang sangat aku cam.

' sorry, aku jumpa kawan aku,tumpangkan dia sekali.meet my friend, adia. Adia, my cousin, salman.' Mikhael dan salman menoleh ek belakang.

Jantung aku bagai nak gugur.hampir 4 tahun aku tak berjumpa dengan dia.
' hi adia.' Tegurnya.
' hi.' Aku kaku.diam dan terkedu.ikutkan hati nak aku turun dari kereta ni.tapi apa kan daya kereta dah bergerak pun.
Sepanjang perjalanan, Mikhael je yang banyak bercakap.aku iyakan sahaja.takde mood 
nak berbual sebab ada makhluk yang menjengkelkan aku. Perjalanan yang mungkin sejam dua itu aku rasa kan macam berbelas jam.

Mikhael sampai di rumahnya, USJ 2. Aku keluar untuk duduk di hadapan.

' ok adia, see u later.' Mikhael senyum.
' thanks Mikhael.' Balasku.
' man, drive carefully k, girlfriend aku tu.' Seloroh Mikhael. Terkedu aku sekejap.
' ok bro,no prob.kirim Salam aunty min and uncle bada.' Salman menghidupkan enjin kereta.

Dalam kereta aku dan dia senyap.pandanganku lontarkan ke arah luar.melihat Kuala Lumpur yang tiga tahun aku tinggalkan. Banyak shopping mall baru yang wujud.

' awak nampak lain'. Tiba-tiba salman bersuara.

Aku diam. 

'Almost 4 years kita tak jumpa.tak sangka pulak jumpa macamni.'sambungnya.

' ye la, 4 tahun.umur pun dah nak masuk 25 .awak pun nampak lain.rambut tak macam nick carter dah.' Aku Cuba bersikap professional memandangkan umur kami bukan untuk bersikap kebudak-budakan lagi.

Salman ketawa.melihat rambutnya yang terpacak di cermin depan.
'Awak pun sama.ayu.rambut panjang.tak macam dlu, rambut tomboy je.' 


' time flies salman.how's your life now? Dah kerja?.tanyaku.
' dah 2 tahun kerja.lepas habis kolej saya tak further mana pun.cari kerja main-main.alhamdulillah dapat kerja tetap di IBM cyber sekarang.' Terangnya panjang lebar.

' baguslah, saya tak tahu lagi .balik ni nak rehat seminggu dua lepas tu cari kerja.bila nak kawin? Tanyaku lagi.

' kawin? Entahla.' 

Perbualan kami terhenti di situ.masing-masing diam.mungkin terkenang kisah lama.
Sejam perjalanan,akhirnya sampai.salman masih ingat jalan ke rumah ku.

' thanks salman.' Ucapku.
' no prob.eh...tunggu.mikhael tu boyfriend awak ke?' Tanya salman.
' boyfriend? Takla.dia kawan satu kuliah di London.' Jawapku dengan muka kerut.
' oh..ok,good nite.' Jawap Salman dan terus memecut laju keretanya.

Armand masih belum tahu aku sudah ada di KL. rasa macam nak buat kejutan.Mungkin aku boleh pergi rumah dia.atau call?Urm.ish,kenapa pulak aku nak buat kejutan kan.Tapi tak tahula, kenapa hati aku gembira bila teringat Armand.yes, aku akan pergi rumah dia.Adia tersenyum girang teringat perbualan skype dengan Armand seminggu sebelum dia pulang.

Armand: Am rindu Adia sangatlah.Rindu nak tengok muka Adia yang grumpy,kerut tu.
Adia: oh ye ke. tu bukan muka grumpy,tu muka curious. Saya kan memang macamtu.blur.
Armand: Flight Am 2 hari lagi.Adia bila cuti?
Adia: lambat lagi.tiket pun tak beli lagi.
Armand: Saje tak nak jumpa Am la tu.Am kat sini awek mat saleh,japanese,korean semua nak mengorat,tapi Am cakap i'm taken.
Adia: perasan la Am ni.
Armand:ye la,Am tunggu Adia.Seriously.
Adia:ok bye.nak tido.zzzzzzz

Adia tersenyum.Dia tak sangka Armand sanggup tunggu selama 3 tahun untuk menanti jawapan darinya.Dia rasa yang hatinya telah terbuka untuk Armand.mungkin dia boleh mula menjalinkan hubungan yang serius dengan Armand. 

Siap mandi,solat dan makan, Adia berbaring di katil kesayangannya. urgh..sangat best.3 tahun tinggalkan bilik kesayangannya.baru hendak terlelap, telefonnya berbunyi. Ah,siapa pula yang call ni.

'hello Adia.' suara yang baru didengarinya tadi.
'mana awak dapat nombor saya?'tanya Adia pelik.
'Mikhael bagi,saya minta tadi.'laju  Salman membalas.
'kenapa awak call saya ni.' Adia menguap mengantuk.
'Awak tak marah saya dah?Dalam kereta tadi saya tengok awak bercakap sangat matang.' Salman berbicara.
'Salman,yang lepas tu biarlah lepas.saya pun dah malas nak fikir sebab banyak lagi benda saya nak fikirkan. 'Adia membalas.
'Can we start again Adia,can i be your best friend?' Soalan Salman memeranjatkan Adia
'Boleh kita jumpa nanti?ada banyak benda saya nak share dengan awak.'sambungnya lagi.
'Insyallah Salman.' 


Pagi yang sangat indah. selesai mandi dan bersiap ,bunyi bising dari dapur membuatkan Adia laju menuruni anak tangga.papa dan mama dah balik fikirnya. bau harum masakan mamanya membuatkan dia tak sabar hendak menjamah hidangan yang tersedia.

Mama,papa!Adia meluru ke meja makan dan memeluk mama dan papanya.

gembira mereka dapat berjumpa anak tunggalnya itu. banyak perkara yang dibualkan,dikongsi.Adia memang sangat gembira dapat balik ke Malaysia.bak peribahasa,hujan emas di negara orang,hujan batu di negara sendiri. 

'Ma, Adia nak keluar sekejap jumpa kawan,pinjam kereta mama ye.'
'jumpa siapa,boyfriend?'usik mama.
'takla ma,jumpa kawan kolej kuantan.'senyum ku sambil beredar. 

Enjin kereta kelisa aku hidupkan dan meluru ke subang. Sebelum aku nak buat suprise, kena pastikan mamat tu ada dulu.nanti tak pasal-pasal penat je harung jem dari Ampang ni.aku dah suruh Alin check Armand ada dirumahnya atau tidak.

Sampai di kawasan rumah Armand,aku kagum melihat kawasan perumahan di situ.Sangat cantik dan persekitarannya kehijauan dan bersih.Damai sungguh.Dan untuk pertama kalinya,aku yang berjumpa lelaki,membuat kejutan kepadanya.Adui,dah kenapa dengan kau ni Adia.

No 28,kereta bergerak perlahan mencari nombor rumah tersebut. Sampai sahaja di depan rumah,enjin dimatikan dan aku memberanikan diri melangkah keluar dari kereta menuju ke pintu pagar yang tersergam besar didepanku itu. Hadiah Armand kupegang dan sorokkan dibelakangku.

loceng rumah dibunyikan.pintu pagar terbuka dan aku lihat sesusuk tubuh yang aku rindukan.Tapi dia dengan seseorang. Armand tersenyum dari jauh menghampiriku bersama seorang gadis lain  dan mereka berpimpinan tangan.Aku terkejut.wajahku berubah.Dengan pantas aku berlari ke kereta,dan memecut laju jauh dari kawasan perumahan elit itu. Aku menangis.Kenapa aku menangis?Aku tak pernah menangis kerana lelaki selain Salman.
Siapa dengan Armand? Kenapa Armand tersenyum melihatku tapi masih berpegangan tangan dengan gadis itu? Armand dah tak suka aku? Argh...

Telefon Adia berbunyi.Armand menghubunginya.Adia mematikan telefon.