Gulungan pelan yang siap malam tadi dikepit dibawah lengannya
dengan kemas. Beg tarik bersaiz sederhana itu ditarik keluar.Armand menunggu di
bawah. 3 malam bercengkang mata menyiapkan pelan tersebut. Walaupun hanya
merekabentuk satu bahagian lobi daripada sebuah komplek beli belah, tekanan
dapat dirasakan oleh Adia memandangkan ini adalah hasil rekabentuk pertama yang
dia perlu bentangkan kepada client di Penang.nampak macam tak masuk akal
memandangkan ada ramai lagi senior arkitek di firma ini, tapi alasan ketuanya,
ini cara dia memberi peluang dan pengalaman kepada junior arkitek di firma ini
supaya membiasakan diri cara bekerja di Firma Arkitek Borhan.
‘ Adia,makan dulu.’ Mama memanggilku. Armand duduk di meja makan
makan macam rumah sendiri. Aku menjelingnnya.
‘ Aik, u yang makan dulu.tak malu.’ Perliku.mama tersenyum melihat
kami.
‘ I lapar.my mom keluar pergi kenduri.i dah cakap I nak hantar u pergi
airport. Dia kirim salam.’ Kata Armand sambal mencedok sambal sotong
kegemarannya.
Selesai makan dan bersalam dengan mama, Armand menghantarku ke
KLIA2 Penerbanganku dijadualkan jam 6 petang.
‘Adia, u pergi berapa hari ni,2 or 3 days? ‘ Armand bersuara.
‘ Monday pagi flight i. u janganla risau. Whatsapp je la
nanti.video call pun boleh.ala, Penang je sayang.bukan Peru.’ Selorohku.
‘ Eh,I tak risau.i happy.haha.i boleh tengok bola dengan my
friends over the weekend ni.’ Sambung Armand sambal ketawa.
‘ huh…dah agak.mesti happy sebab tak yah nak sibuk keluar dengan I
weekend ni kan?’ marahku.
‘ takla sayang, mestila I rindu u nanti.jangan nakal-nakal dengan
bos u ok.’ Pesan Armand lagi.
‘ No way, bos I tu gay kot. Pandang perempuan takde perasaan.’
Kataku.
Armand tertawa kecil.Ok,aku yang akan rindu dia nanti. Wajahnya
kutenung.Sweet face yang dah matang.rambut masih panjang belah tengah.layanan
yang sama tidak berubah dari zaman kami belajar di Kuantan, bercinta jarak
jauh. Melting.
‘ok dah sampai,ha ni kenapa pandang I ni.berangan?’ sergah Armand.
Adia cepat-cepat mencapai begnya dan membuka pintu.
‘ok sayang I pergi dulu.u pun jangan nakal-nakal ok. Nnt dah
sampai I call u ya.’
Armand tersenyum dan menganguk.
‘ u pun,take care.apa-apa call me ok. I love you.’ Balas Armand.
Armand masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Aku menarik nafas
panjang untuk memulakan pengembaraan ini. Pengembaraan pertama alam pekerjaan.
Jam menunujukkan pukul 5.15 petang. Aku bersiap untuk
boarding.batang hidung En Rahimi aku tak nampak. Mungkin dia dah masuk.
Fikirku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Kak Aini call.
‘ Adia, bos pergi sendri naik kereta. Dia bertolak kejap lagi.
Nanti Adia ambil teksi pergi Hotel Eastern & Oriental terus. Bos jumpa Adia
esok pagi. ‘
Adia tersenyum lega.sebab sekurang-kurangnya dia tak mati akal
duduk sebelah En Rahimi dalam kapal terbang.
Sampai di hotel, Adia merebahkan badannya ke katil yang super
besar untuk dia seorang tidur. Terasa nikmatnya dapat berbaring setelah 2 jam
perjalanan walaupun tidakla jauh tapi penat tetap terasa.
Jam di tangannya menunjukkan hampir pukul 9 malam. perutnya
sedikit berbunyi lapar. makanan terakhirnya adalah sandwich yang diberi di
dalam kapal terbang tadi. usai mandi dan solat jamak, dia bersiap untuk turun
ke lobi mencari makanan di mana-mana restoran yang ada.
sedang dia bersiap, telefonnya berbunyi.wasaap masuk.
' Turun sekarang,im at the lobby. kita pergi makan dulu sambil
discuss presentation untuk esok'
Adia bingung.siapa pulak ni.no tak kenal.profile picture gambar
raket tenis. eh..alamak.mestilah bos aku.Adia tiba-tiba tersedar dan membalas
wasap tersebut.
' Erm,ok baik En Rahimi,'
dalam hati nak saja taip , ' oi bos, tak reti penat
ke!makan la dulu.esok pagi boleh discuss kejap sebelum meeting.' ok,itu
dalam hati. realitinya tak dapat nak buat macam tu ok.
Sampai lobi, aku nampak dia dah tercegat depan pintu lobi. Dia
memandangku tak berkelip.eh sekejap.ke aku yang perasan.aku menegurnya.
'En Rahimi sampai pukul berapa? kak Aini kata En Rahimi baru
bertolak pukul 5 lebih tadi.'
Dia masih memandangku tanpa senyum dan tanpa sebarang perasaan.
' i bertolak awal dari ur flight tadi. jom kita pergi makan dulu
naik kereta i.' dia bersuara.
alamak, dadaku berdebar-debar.apa perasaan duduk satu kereta
dengan bos yang takde perasaan, ada rupa,bau semerbak wangi tapi takde
perasaan. aku mengangguk dan mengekorinya keluar. kereta Audi A5 2 pintu
tersedia di luar pintu lobi.
Aku masuk ke dalam kereta dan kami diam sepanjang perjalanan ke
kedai makan. Sampai di kedai seafood yang aku pun tak tahu di mana. aku jarang
ke penang.rasanya dah berapa tahun tak pergi ke Penang. Tapi Penang memang aku
tau terkenal dengan makanan yang sedap-sedap.
Kami masuk ke kedai tersebut dan semua mata tertumpu pada
kami.tak, sebenarnya banyak mata tertumpu pada En Rahimi.memandangkan dia
seorang yang bergaya seperti supermodel.tinggi lampai, rambut ramos yang kemas
dan entahla,ada aura dia menyebabkan ramai mata memerhatikannya. dan aku yang
selebet sebelahnya.selebet,pendek dan selekeh. aku tertawa kecil. En Rahimi
memandangku.aku meneruskan langkahku.
' En Rahimi,esok meeting pukul berapa?' tanyaku.
' nak discuss kat sini bising.' tanyaku lagi. En Rahimi masih diam
dan sibuk makan sambil bagi isyarat padaku untuk makan dulu.huh, annoying
sungguh. Selesai makan, dia memesan 2 kopi panas dan mula berbincang tentang
perkara untuk esok.very strict to the point. mataku hampir terlelap. 2 jam
untuk berdiskusi sahaja.selesai berbincang kami pulang ke hotel. sebelum masuk
ke dalam hotel sempat dia berpesan padaku.
' Adia,please wear something nice and neat for tomorrow
presentation ok.jangan pakai selebet macam ni.'
aku terkejut.dalam hati menyumpah seranah.suka hati akulah nak
pakai macammana pun.
' baik En Rahimi.' aku senyum kelat.senyum terpaksa dan berlalu
pergi ke bilik untuk tidur dan menanti hari penting esok.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Rahimi Bin Borhan, pemilik Firma Arkitek Borhan, berumur 28 tahun.
Firma diwarisi dari ayahnya, seorang arkitek berpengalaman lebih 20 tahun.
Seorang yang tegas dan serius bekerja. Hobi bermain tenis dan mengembara.
Bujang dan tidak mempunyai teman hidup. Kata orang, dia memilih dan tidak
melayan sembarangan wanita. Tinggal di penthouse tidak jauh dari pejabatnya.
Orangnya memang good looking. Matang. Adia tersengih teringatkan bosnya itu. Kekwat
kata orang Perlis.
Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love
love love
Listen to the music of the moment people dance
and sing
We are just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved
loved loved loved loved
Adia tersentak apabila mendengar lagu
tersebut. Armand menghubunginya. Aish..boleh pulak aku berangan pasal mamat ni.
getus Adia dalam hati.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini penentuan untuk projek yang bakal kami
tawan. Jika presentation ini berjaya, Firma Borhan akan dilantik menjadi ketua
projek untuk shopping mall baru di Penang.
Ya allah ya tuhanku, ko permudahkanlah
segalanya bagiku. Usai solat subuh Adia berdoa semoga segalanya berjalan
lancar. Dia bersiap sedia untuk presentation tersebut. blouse putih dan blazer
kelabu yang di belinya di M&G minggu lalu disarungkan. Rambutnya yang panjang
itu dilepaskan sahaja dan disikat rapi. Hari ini dia memakai kasut tumit tinggi
yang agak tinggi dari kebiasaannya. Walaupun sedikit kekok namun dia cuba
membiasakan diri. Nampak tinggi dan agak vogue. Sebab dia adalah seorang yang
rendah dan petite.Wajahnya dioleh sedikit blusher dan lipstik warna nude. Agar
tidak kelihatan pucat dan telalu menonjol. Haruman Channel disembur ke
lehernya. Wangi. PArfume hadiah dari kekasihnya. Dia berpuas hati melihat
penampilannya. Dia bersedia.
Rahimi sedang bersarapan di hotel tersebut
sambil membaca surat khabar. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. masih awal lagi.
Presentation pada jam 9.30. ' Mana budak ni.tak turun-turun lagi' dengus
Rahimi.
' Maaf, En Rahimi, terlewat sikit.' Tegur
Adia.Rahimi mengalihkan pandangan dari suratkhabar yang dibacanya ke Adia.
Tidak berkelip memandang Adia. Cantik.Sangat cantik.Dia terpesona. Pertama kali
dia melihat wajah gadis yang ayu,yang naif.
Adia masih berdiri melihat Rahimi yang tidak
berkata apa-apa.
'En Rahimi, tak elok ke saya pakai macamni?'
Tanyaku. Rahimi berdehem.mengalihkan pandangannya ke arah lain.
' No, its suits you. go have breakfast first'.
Rahimi mengawal nada suara dan wajahnya agar tidak obvious bagi Adia memikirkan
yang bukan-bukan tentangnya.
Adia tersenyum kerana outfit yang dipilih tidak
dikutuk oleh En Rahim
Selesai presentation yang dibentangkan oleh
Adia sambil di sokong oleh Rahimi, pemaju setuju dengan pelan dan offer yang
ditawarkan mereka. Rahimi tersenyum puas kerana hasil kerja Adia cukup sempurna
dan cara pembentangnya sangat profesional.
' Tahniah, Adia. Good Job.' Ucap Rahimi.
Adia tersenyum kelat. Kakinya sedikit sakit.
mungkin kerana kasut baru itu.
' sama-sama En Rahimi.' balasnya. Setelah lunch
dan berborak sesama pemaju mereka meminta diri untuk balik ke hotel. Adia
berjalan perlahan-lahan kerana kakinya sakit. Tiba-tiba entah macammana
dia terjatuh dan kakinya terseliuh. Rahimi paling ke belakang dan melihat Adia
dah terduduk dan segala dokumen dah bertaburan.
' Adia, are you ok.' Jerit Rahimi.
' No,i'm not. Kaki saya terseliuh.tak boleh
bergerak.Sakit' Aku menahan sakit.
Rahimi membuka kedua-dua kasutku. Dia cuba
membangunkan ku. Gagal sebab aku menjerit sakit.
' Habis tu macammana you nak jalan ni.' Marah
Rahimi.Adia masih menahan sakit.
' Saya cuba.' Adia cuba untuk bangun namun
gagal.dia terduduk semula. orang di sekeliling dah melihat drama kami. aku cuba
menahan malu.
'Eisss,awak ni.' marah Rahimi dan mendukung
Adia dibelakangnya. Adia menahan malu.
Rahimi diam dan laju berjalan sambil menahan
nafas turun naik membawa beban 42 kg di belakangnya. Sampai di kereta perlahan
Rahimi meletak Adia di kerusi belakang.
' Kita pergi hospital.' Ujar Rahimi.
x