Thursday, 9 August 2018

DBFA Bab 13



Gulungan pelan yang siap malam tadi dikepit dibawah lengannya dengan kemas. Beg tarik bersaiz sederhana itu ditarik keluar.Armand menunggu di bawah. 3 malam bercengkang mata menyiapkan pelan tersebut. Walaupun hanya merekabentuk satu bahagian lobi daripada sebuah komplek beli belah, tekanan dapat dirasakan oleh Adia memandangkan ini adalah hasil rekabentuk pertama yang dia perlu bentangkan kepada client di Penang.nampak macam tak masuk akal memandangkan ada ramai lagi senior arkitek di firma ini, tapi alasan ketuanya, ini cara dia memberi peluang dan pengalaman kepada junior arkitek di firma ini supaya membiasakan diri cara bekerja di Firma Arkitek Borhan.


‘ Adia,makan dulu.’ Mama memanggilku. Armand duduk di meja makan makan macam rumah sendiri. Aku menjelingnnya.

‘ Aik, u yang makan dulu.tak malu.’ Perliku.mama tersenyum melihat kami.

‘ I lapar.my mom keluar pergi kenduri.i dah cakap I nak hantar u pergi airport. Dia kirim salam.’ Kata Armand sambal mencedok sambal sotong kegemarannya.

Selesai makan dan bersalam dengan mama, Armand menghantarku ke KLIA2 Penerbanganku dijadualkan jam 6 petang.


‘Adia, u pergi berapa hari ni,2 or 3 days? ‘ Armand bersuara.

‘ Monday pagi flight i. u janganla risau. Whatsapp je la nanti.video call pun boleh.ala, Penang je sayang.bukan Peru.’ Selorohku.


‘ Eh,I tak risau.i happy.haha.i boleh tengok bola dengan my friends over the weekend ni.’ Sambung Armand sambal ketawa.


‘ huh…dah agak.mesti happy sebab tak yah nak sibuk keluar dengan I weekend ni kan?’ marahku.


‘ takla sayang, mestila I rindu u nanti.jangan nakal-nakal dengan bos u ok.’ Pesan Armand lagi.


‘ No way, bos I tu gay kot. Pandang perempuan takde perasaan.’ Kataku.


Armand tertawa kecil.Ok,aku yang akan rindu dia nanti. Wajahnya kutenung.Sweet face yang dah matang.rambut masih panjang belah tengah.layanan yang sama tidak berubah dari zaman kami belajar di Kuantan, bercinta jarak jauh. Melting.


‘ok dah sampai,ha ni kenapa pandang I ni.berangan?’ sergah Armand. Adia cepat-cepat mencapai begnya dan membuka pintu.


‘ok sayang I pergi dulu.u pun jangan nakal-nakal ok. Nnt dah sampai I call u ya.’

Armand tersenyum dan menganguk.


‘ u pun,take care.apa-apa call me ok. I love you.’ Balas Armand.


Armand masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi. Aku menarik nafas panjang untuk memulakan pengembaraan ini. Pengembaraan pertama alam pekerjaan.

Jam menunujukkan pukul 5.15 petang. Aku bersiap untuk boarding.batang hidung En Rahimi aku tak nampak. Mungkin dia dah masuk. Fikirku. Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.Kak Aini call.


‘ Adia, bos pergi sendri naik kereta. Dia bertolak kejap lagi. Nanti Adia ambil teksi pergi Hotel Eastern & Oriental terus. Bos jumpa Adia esok pagi. ‘


Adia tersenyum lega.sebab sekurang-kurangnya dia tak mati akal duduk sebelah En Rahimi dalam kapal terbang. 

Sampai di hotel, Adia merebahkan badannya ke katil yang super besar untuk dia seorang tidur. Terasa nikmatnya dapat berbaring setelah 2 jam perjalanan walaupun tidakla jauh tapi penat tetap terasa. 
Jam di tangannya menunjukkan hampir pukul 9 malam. perutnya sedikit berbunyi lapar. makanan terakhirnya adalah sandwich yang diberi di dalam kapal terbang tadi. usai mandi dan solat jamak, dia bersiap untuk turun ke lobi mencari makanan di mana-mana restoran yang ada. 
sedang dia bersiap, telefonnya berbunyi.wasaap masuk.

' Turun sekarang,im at the lobby. kita pergi makan dulu sambil discuss presentation untuk esok' 
Adia bingung.siapa pulak ni.no tak kenal.profile picture gambar raket tenis. eh..alamak.mestilah bos aku.Adia tiba-tiba tersedar dan membalas wasap tersebut.
' Erm,ok baik En Rahimi,'
 dalam hati nak saja taip , ' oi bos, tak reti penat ke!makan la dulu.esok pagi boleh discuss kejap sebelum meeting.' ok,itu dalam hati. realitinya tak dapat nak buat macam tu ok.

Sampai lobi, aku nampak dia dah tercegat depan pintu lobi. Dia memandangku tak berkelip.eh sekejap.ke aku yang perasan.aku menegurnya.

'En Rahimi sampai pukul berapa? kak Aini kata En Rahimi baru bertolak pukul 5 lebih tadi.' 
Dia masih memandangku tanpa senyum dan tanpa sebarang perasaan.
' i bertolak awal dari ur flight tadi. jom kita pergi makan dulu naik kereta i.' dia bersuara.

alamak, dadaku berdebar-debar.apa perasaan duduk satu kereta dengan bos yang takde perasaan, ada rupa,bau semerbak wangi tapi takde perasaan. aku mengangguk dan mengekorinya keluar. kereta Audi A5 2 pintu tersedia di luar pintu lobi.

Aku masuk ke dalam kereta dan kami diam sepanjang perjalanan ke kedai makan. Sampai di kedai seafood yang aku pun tak tahu di mana. aku jarang ke penang.rasanya dah berapa tahun tak pergi ke Penang. Tapi Penang memang aku tau terkenal dengan makanan yang sedap-sedap.
Kami masuk ke kedai tersebut dan semua mata tertumpu pada kami.tak, sebenarnya banyak mata tertumpu pada En Rahimi.memandangkan dia seorang yang bergaya seperti supermodel.tinggi lampai, rambut ramos yang kemas dan entahla,ada aura dia menyebabkan ramai mata memerhatikannya. dan aku yang selebet sebelahnya.selebet,pendek dan selekeh. aku tertawa kecil. En Rahimi memandangku.aku meneruskan langkahku.

' En Rahimi,esok meeting pukul berapa?' tanyaku.
' nak discuss kat sini bising.' tanyaku lagi. En Rahimi masih diam dan sibuk makan sambil bagi isyarat padaku untuk makan dulu.huh, annoying sungguh. Selesai makan, dia memesan 2 kopi panas dan mula berbincang tentang perkara untuk esok.very strict to the point. mataku hampir terlelap. 2 jam untuk berdiskusi sahaja.selesai berbincang kami pulang ke hotel. sebelum masuk ke dalam hotel sempat dia berpesan padaku.
' Adia,please wear something nice and neat for tomorrow presentation ok.jangan pakai selebet macam ni.' 

aku terkejut.dalam hati menyumpah seranah.suka hati akulah nak pakai macammana pun.

' baik En Rahimi.' aku senyum kelat.senyum terpaksa dan berlalu pergi ke bilik untuk tidur dan menanti hari penting esok.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rahimi Bin Borhan, pemilik Firma Arkitek Borhan, berumur 28 tahun. Firma diwarisi dari ayahnya, seorang arkitek berpengalaman lebih 20 tahun. Seorang yang tegas dan serius bekerja. Hobi bermain tenis dan mengembara. Bujang dan tidak mempunyai teman hidup. Kata orang, dia memilih dan tidak melayan sembarangan wanita. Tinggal di penthouse tidak jauh dari pejabatnya. Orangnya memang good looking. Matang. Adia tersengih teringatkan bosnya itu. Kekwat kata orang Perlis. 

Well open up your mind and see like me

Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We are just one big family
And it's our God-forsaken right to be loved loved loved loved loved
Adia tersentak apabila mendengar lagu  tersebut. Armand menghubunginya. Aish..boleh pulak aku berangan pasal mamat ni. getus Adia dalam hati.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ini penentuan untuk projek yang bakal kami tawan. Jika presentation ini berjaya, Firma Borhan akan dilantik menjadi ketua projek untuk shopping mall baru di Penang. 
Ya allah ya tuhanku, ko permudahkanlah segalanya bagiku. Usai solat subuh Adia berdoa semoga segalanya berjalan lancar. Dia bersiap sedia untuk presentation tersebut. blouse putih dan blazer kelabu yang di belinya di M&G minggu lalu disarungkan. Rambutnya yang panjang itu dilepaskan sahaja dan disikat rapi. Hari ini dia memakai kasut tumit tinggi yang agak tinggi dari kebiasaannya. Walaupun sedikit kekok namun dia cuba membiasakan diri. Nampak tinggi dan agak vogue. Sebab dia adalah seorang yang rendah dan petite.Wajahnya dioleh sedikit blusher dan lipstik warna nude. Agar tidak kelihatan pucat dan telalu menonjol. Haruman Channel disembur ke lehernya. Wangi. PArfume hadiah dari kekasihnya. Dia berpuas hati melihat penampilannya. Dia bersedia. 

Rahimi sedang bersarapan di hotel tersebut sambil membaca surat khabar. Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. masih awal lagi. Presentation pada jam 9.30. ' Mana budak ni.tak turun-turun lagi' dengus Rahimi.

' Maaf, En Rahimi, terlewat sikit.' Tegur Adia.Rahimi mengalihkan pandangan dari suratkhabar yang dibacanya ke Adia. Tidak berkelip memandang Adia. Cantik.Sangat cantik.Dia terpesona. Pertama kali dia melihat wajah gadis yang ayu,yang naif. 
Adia masih berdiri melihat Rahimi yang tidak berkata apa-apa. 
'En Rahimi, tak elok ke saya pakai macamni?' Tanyaku. Rahimi berdehem.mengalihkan pandangannya ke arah lain.

' No, its suits you. go have breakfast first'. Rahimi mengawal nada suara dan wajahnya agar tidak obvious bagi Adia memikirkan yang bukan-bukan tentangnya. 

Adia tersenyum kerana outfit yang dipilih tidak dikutuk oleh En Rahim


Selesai presentation yang dibentangkan oleh Adia sambil di sokong oleh Rahimi, pemaju setuju dengan pelan dan offer yang ditawarkan mereka. Rahimi tersenyum puas kerana hasil kerja Adia cukup sempurna dan cara pembentangnya sangat profesional. 

' Tahniah, Adia. Good Job.' Ucap Rahimi.
Adia tersenyum kelat. Kakinya sedikit sakit. mungkin kerana kasut baru itu.
' sama-sama En Rahimi.' balasnya. Setelah lunch dan berborak sesama pemaju mereka meminta diri untuk balik ke hotel. Adia berjalan perlahan-lahan kerana kakinya sakit. Tiba-tiba entah macammana dia terjatuh dan kakinya terseliuh. Rahimi paling ke belakang dan melihat Adia dah terduduk dan segala dokumen dah bertaburan.

' Adia, are you ok.' Jerit Rahimi.
' No,i'm not. Kaki saya terseliuh.tak boleh bergerak.Sakit' Aku menahan sakit. 
Rahimi membuka kedua-dua kasutku. Dia cuba membangunkan ku. Gagal sebab aku menjerit sakit.
' Habis tu macammana you nak jalan ni.' Marah Rahimi.Adia masih menahan sakit. 
' Saya cuba.' Adia cuba untuk bangun namun gagal.dia terduduk semula. orang di sekeliling dah melihat drama kami. aku cuba menahan malu.

'Eisss,awak ni.' marah Rahimi dan mendukung Adia dibelakangnya. Adia menahan malu.
Rahimi diam dan laju berjalan sambil menahan nafas turun naik membawa beban 42 kg di belakangnya. Sampai di kereta perlahan Rahimi meletak Adia di kerusi belakang.
' Kita pergi hospital.' Ujar Rahimi.









x

No comments:

Post a Comment