Ampang ke Cyberjaya.Mrr2 dan Mex highway.perjalanan yang patutnya 45 minit jadi sejam 15 min disebabkan kesesakan lalu lintas di MRR2. Aku keluar seawal 6.45 pagi untuk elak kesesakan lalu lintas di sini.tapi, terkena juga. Hari ini hari pertama aku akan lapor diri di Firma Borhan Arkitek. Firma Arkitek yang terkenal di Malaysia. mempunyai beberapa cawangan di Asia Tenggara.Sebagai junior arkitek, rasanya memang ini peluang keemasan untuk aku mencari pengalamanan. Satu jam setengah melayan jam, akhirnya aku sampai. Kereta kelisaku perlahan mencari petak-petak kosong parking dan mataku terpandang sebuah petak kosong di sebelah kereta mini cooper putih. segera aku meletakkan kelisa di sebelah mini cooper tersebut dan tersengih-sengih melihat betapa jauhnya perbandingan kereta buatan Malaysia dan German. Tapi kelisaku super power juga.sayang sangat dengan kelisacooper ku ini.
Jam di tanganku menunjukkan 10 minit lagi pukul 9 pagi. segala dokumen yang diperlukan telah siap aku masukkan ke dalam beg. dengan lafaz bismillah aku menolak pintu kaca lobi yang tersergam indah itu. bangunan 8 tingkat moden di Cyberjaya. Memang moden dan classy. Senyuman kulontarkan pada receptionist wanita berbangsa india itu.
'Hi, my name is Adia Natalia Bt Izaq. I supposed to meet Mr Rahimi for report duty today.' jelasku kepada gadis comel di depanku. Belum sempat dia berkata-kata, seorang lelaki datang memarahinya.
'Susan, siapa yang parking dekat tempat i. Dah la tak letak contact number. shit.'Tenking lelaki tersebut.
Aku terkedu.darah berhenti.Aku curi parking dia ke.Tapi no reserved sign pun. Orang lain kot. Aku ke belakang sedikit untuk memberi ruang antara lelaki tersebut dan gadis india tadi.
'Sorry bos, i tak tau siapa yang parking tempat u.Sekejap i panggil Abang Mat minta tolong carikan owner kereta.'Terketar-ketar gadis india tersebut menjawap.
'Cari cepat. I ada meeting lagi setengah jam ni. Kereta kelisa silver. Siapa yang pandai-pandai parking sini.'marahnya lagi.
erk.Aku tergamam.alamak!Memang aku parking tempat dia.Adia menghampiri lelaki tersebut.
'Encik, maafkan saya. Saya tak tahu parking tu reserved. Saya yang parking tempat Encik. sebab no reserved sign. Maafkan saya.Saya alih kereta tu sekarang.'
laju Adia meminta maaf dan keluar seperti lipas kudung menahan malu dan takut jugak. sampai lelaki garang tu tak sempat berkata apa-apa. gadis India tadi hanya menggelengkan kepala melihat situasi tersebut.
'fuhhh..first day dah macamni.Mana pulak aku nak cari parking ni.'
Adia membebel seorang diri. 10 minit mencari tempat parking, akhirnya ada parking di basement yang boleh diparking untuk guest.dia berlari-lari anak sebab masa yang dijanjikan untuk report duty patutnya 9 pagi.tapi sebab drama yang terjadi tadi, dia lewat 10 minit.
Gadis India bernama Susan itu menyuruhnya naik ke tingkat 5 untuk berjumpa dengan En Rahimi, super senior Arkitek atau merangkap ketuanya.
Adia menarik nafas panjang dan membaca doa semuga dipermudahkan segalanya.
Daun pintu yang mempunyai nama Rahimi Borhan di ketuk.Adia di pelawa masuk.Daun pintu ditolak.Adia melihat seorang lelaki sedang duduk membelakangi meja mengambil sesuatu.
'Assalamulaikum En Rahimi. Saya Adia Natalia. Saya perlu lapor diri kepada En Rahimi hari ni sebagai junior arkitek di firma ini mulai hari ini.'
'Saya minta maaf saya lewat 10 minit mencari parking. 'Adia menjelaskan dengan nada bersalah dan risau kerana lewat melaporkan diri pada hari pertama kerja.
'Sila duduk Adia' . lelaki tersebut memalingkan badan dan seraya mukanya terkejut.Dan Adia terbeliak melihat En Rahimi.
'Ha, kau yang parking tempat aku tadi kan!'Marah pemuda tersebut.
' Ya..saya dah minta maaf tadi, saya tak tahu itu parking En Rahimi. sekali lagi saya minta maaf.'
Terketar-ketar aku meminta maaf. Dalam hati rasa menyampah dengan dia ni sebab ego.tapi disebabkan hari pertama dan dia bakal bos aku, jadi aku mengalah dahulu.
'Aku takde masa lagi untuk ice breaking dengan kau.Sebab aku ada meeting sekarang.' dia menyusun fail dan pelan2 di atas meja sambil menekan interkom.
"Aini, tunjuk bilik budak baru ni.' tanpa sebarang senyum dan kata-kata, dia meninggalkan aku terpinga-pinga di dalam bilik besar itu.
Aku menghempaskan beg dan dokumen lain ke atas meja. Kak Aini menunjukkan bilikku yang sederhana besar tetapi selesa. Kak Aini, sekreatari kepada En Rahimi dan jelaskan kepadaku perangai En Rahimi yang memang sentiasa garang tak bertempat tu.
'Huh..kesian anak bini dia dapat suami dan ayah yang garang macamtu' bebelku.
'Single lagi tu cik Adia' sampuk kak Aini yang tetiba datang membawa id kad dan akses kad untuk memudahkan aku keluar masuk pejabat. Aku mencebik. Kak Aini tergelak kecil.
Lunch hour aku ke restoran berhampiran officeku seorang diri memandangkan belum sempat berkenalan dengan rakan-rakan lain kerana kebanyakan mereka keluar site. Wassap dari tadi bertubi-tubi masuk. belum sempat di buka.
Armand:
'Hi B, how's your first day?'
'ok tak.bos macammana?'
'lunch dengan siapa?'
í busy hari ni, meeting all day'
'nanti i call u ok'
Mama
'Adia dah sampai tempat kerja? Hati-hati bawa kereta ye sayang.'
telefon kuletakkan di atas meja. nescafe air kuhirup sambil memerhatikan gelagat orang ramai di sekeliling cafe tersebut. semuanya bergaya dan nampak prefesional.
sedang aku mengelamun aku terdengar namaku dipanggil seseorang.
'Adia!'
Aku menoleh. Salman di depannya.
'Adia, Hai.apa awak buat kat sini?' Salman menarik kerusi didepanku dan duduk.
dalam hatiku , ish mamat ni.aku tak jemput duduk pun.
'Eh,awak buat apa kat sini? Office saya kat sini.'jelasku sambil menghirup nescafe ais yang dipesan tadi.
'Seriously?. Saya kan kerja kat HP.bangunan sebelah tu je.'tunjuk Salman bangunan kelabu yang besar dan bersebelahan cafe yang kami sedang berbual ini.
'oh.Saya kerja kat Arkitek firm Borhan tu.baru report duty hari ni.'
Adia sambil lewa berbual dengan Salman yang baginya macam seseorang orang yang baru.budak tu banyak berubah.mungkin kerana faktor umur masing.
'Great, boleh lunch setiap hari dengan awak.Nanti saya bawa awak lunch kedai ayam bakar sedap kat sini.' senyum Salman.Aku hanya tersenyum. Mungkin Salman dah lupa kata-katanya semasa di Kuantan dahulu. Mungkin dia dah hilang ingatan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jam menunjukkan pukul 4 petang. Lagi satu setengah jam tamat waktu bekerja.Kak Aini mengarahku ke bilik En Rahimi. katanya bos nak berjumpa. Berderau darahku mendengar nama En Rahimi.Adia bergegas ke bilik ketuanya takut jika lambat lagi, bertambah marah orang tua tu nanti.
'En Rahimi nak jumpa saya?' aku menyua kepala di sebalik pintu biliknya.
'Masuk'. Arah lelaki berumur 28 tahun itu.Adia berjalan perlahan dan berdiri di depan ketuanya. Lelaki itu memandang Adia dari atas sampai bawah.macam scanner.Adia rasa tidak selesa.Dia mendehem.
'Minggu depan ikut saya ke Penang.out station. Ada projek yang awak perlu uruskan di sana. Siapkan pelan yang saya bagi ini.' lelaki tersebut mencampak beberapa report tebal dan gulungan pelan di depannya.
'Jangan lupa siapkan dan study sebelum presentation Isnin nanti.Tiket kapal terbang,hotel Aini akan uruskan.' sambungnya lagi.Adia masih terkebil-kebil memikiran hal itu.Dia mengangkat segala report dan gulungan pelan yang diberikan itu balik kebiliknya.dia buntu. Baru sehari bekerja dah diarah ke luar kawasan. Berdua dengan ketuanya pula. Apa Armand akan cakap nanti.Macammana nak cakap dengan Armand.
Adia termenung menunggu waktu kerja tamat.

No comments:
Post a Comment