Wednesday, 5 April 2017

DBFA-Bab 11

January 2014
 
Surat tawaran kerja dari firma arkitek di Cyberjaya masih ditanganku. Aku harus memikirkan sedalam-dalamnya untuk menerima tawaran kerja tersebut memandangkan jarak dari rumahku untuk ke Cyber agak jauh. Mama dan papa menyokong segala keputusan yang dibuat olehku. Am juga tidak kisah jika aku ingin menerima atau menolak tawaran tersebut. Aku tak mahu keluar menyewa sebab kesiankan mama dan papa.Tambahan pula aku anak tunggal keluarga.Kesian mama papa kalau aku jarang berada di rumah.

Am pula dah sebulan mula bekerja di Schlumberger, syarikat besar dan terkenal. Tak hairan, Am boleh dapat kerja di situ.Dia budak yang pandai,ada karisma dan memang sesuai dengan gaya dan jawatannya sebagai jurutera di situ. Dah 3 bulan aku menganggur. Rasa bosan juga duduk rumah.Duit poket pun dah menyusut. Keluar dating haruslah Am yang belanja.Tapi segan jugakla.Rasanya memang aku kena terima tawaran kerja di firma tersebut memandangkan gaji yang ditawarkan untuk lepasan ijazah tanpa pengalaman kerja dalam bidang rekabentuk ini agak lumayan juga.Cuma aku perlu ada budget yang betul untuk minyak kereta dan tol. Harap-harap my kelisa cooper tak meragam.Insyalllah semuanya dipermudahkan. 

Sabtu, Pavillion jam 3.00 ptg. Jalan Bukit Bintang  memang agak merimaskan dan menyesakkan.Armand masih memusing mencari parking. Sudaah 3-4 kali pusing di tempat yang sama. Dia dan Mitshubisi Subaru nya memang dah sehati sejiwa.Sesekali Armand mendengus dengan keadaan di situ.

'I dah cakap, Saturday B, Pavillion memang sesak.'Aku merungut.
'Sabarlah sayang, mesti ada parking ni. U doa2.I nak belanja u tempat special ni.' Armand masih melilau mencari parking.
'B, situ ada.cepat-cepat. Ke u nak i turun berdiri kat situ?' Gurauku.Armand memecut laju dan nasib baik,rezeki kami dapat parking tersebut. Dia tersengih.
'Finally.Silakan tuan puteri,kita dah sampai.'Armand mencuit hidungku.

Kami jalan bersebelahan.Sesekali tangan dan bahu berlaga. Armand tersenyum gatal.Aku menjeling, amaran kepadanya.Dia memang faham sangat.

'B, nak pergi mana ni.I dahla pakai selekeh ni.' Aku mengomel.
'Selekeh apa macamni,ni memang gaya budak-budak pergi Pavillion ni.' Dia tergelak, menyakatku. 

Aku memang bukannya pandai bergaya  sangat. Bagiku skinny jeans dan blouse paling selesa. Heels? A big no for me. Aku sakit kaki kalau pakai heels lama-lama.Memang aku rendah.Kalau berjalan sebelah Ármand memang nampak sangat aku kemetot. Armand memang tinggi. Ketinggiannya 180 cm dibandingkan dengan aku cuma 150 cm. Memang dia selalu berpeluang selekeh kepalaku.

Kami melangkah masuk ke restoran Dome.

'Sayang, u teman i cari baju kerja lepas ni ok. Baju kerja i ada 3 helai je. Umi pun bising i asyik kebas baju my dad.' 

Aku mengganguk sahaja.

'Ok boss, kene makan dulu.i lapar gila ni.' Aku mengerut.

Sambil makan kami berbual tentang kerja, tentang masa depan, tawaran kerja yang aku dapat. Nasihat Armand aku ambil kira juga memandangkan dia orang paling rapat denganku sekarang selepas mama dan papa.So it's confirmed that i will accept that job offer. 

'Insyallah sayang, u akan ok kerja sana. Firma tu famous kan. Bukan calang-calang orang boleh dapat kerja kat situ. Ni bukal praktikal tau.It's a job offer.' Armand menasihatiku.

'Pasal travel tu, tak jauh sangat. U kan terrel bawa kete. Kelisa cooper tu kalau u bawa,dah macam ferrari tau.'Guraunya lagi.

'Ala, nak perli la tu.Mentang-mentanglah dia pakai  Subaru,laju gila.'aku mencebik. Armand tergelak kecil.

'Janganla merajuk,gurau je la.Jom kite makan dessert. I tau u suka choc brownies kan. I dah order.' pujuk Armand. Aku tersenyum. 

Tak sampai 3 minit, dessert kami sampai. Aku memang suka choc brownies. Memang seronokla.Armand memang tahu apa yang aku suka dan tak suka. 3 bulan kami bersama, banyak juga perangai aku yang dia dah masak.Aku? masih lagi mencari-cari dan memerhati gelagatnya, perkara yang disukai, tidak disukai.Satu sikap Armand yang aku sangat suka.  Dia happy go lucky. Tak pernah marah.Sentiasa senyum,gembira dan nampak cool.

Aku menyuap sedikit demi sedikit choc brownies tersebut.Menikmatinya dengan penuh khusyuk.Langsung tak offer pada Armand.Armand memandangku makan dari tadi.

'Makan pun cantikkan Adia.' Pujinya.
'U ni pulak memang sweet talker dari dulu kan.'marahku. 
Sedang aku menyudu brownies tersebut,terasa seperti ada sesuatu di dalam kek tersebut. Aku mengangkat keluar dan ada sebentuk cincin berlian di dalamnya. Aku terkejut dan memandang Armand.

'Eyueww, siapa punya cincin tertinggal dalam kek ni.Nak muntah i makan brownies ni.'aku membebel. Armand tergelak besar melihat sikapku.

'Hahahaha...Adia,Adia.Cuba u tengok cincin tu betul-betul.Diamond ring tu.'Armand masih lagi ketawa.
'I nak panggil waiter' Tanganku melambai waiter di depanku. Armand merentap tanganku isyarat tak perlu panggil.
'Kenapa ni B. Restoran ni 5 star kot, tapi kotor ada cincin dalam kek. Kena complaint la macamni.Aku merungut lagi.
'Adia, that ring is for you. I yang suruh waiter tu letak dalam brownies you. Suprise utk u sayang.'Armand mememang kedua-dua belah pipiku. Aku tersentak.

'What, for me? B, U jangan main-main. Kalau i termakan tadi macammana. Dahla diamond ring ni.' Aku terkedu.Armand masih tertawa kecil melihat gelagatku.

'Sayang, diamond ring ni menandakan i nak propose you to be my wife.'Armand memegang tanganku.Orang sekeliling dah melihat drama kami.Mukaku berubah merah.<alu.
 'Will you marry me?'Tanya Armand.Dan tidak semena-mena datang pula waiter Dome sambil main violin lagu Bruno MArs, Marry me ke arah kami. Memang aku terkedu.Patutla dari minggu lepas dia asyik cakap jangan tak jadi dating sabtu ni.Dia ada plan rupanya.

'Can i think about it?'aku masih menunjukkan keegoanku.Orang-orang dalam kafe tersebut dah ketuk-ketuk meja sambil jerit say yes!say yes!
Armand, aku rasa nak tumbuk kau.Walaupun memang aku nak kau jadi suamiku.Dengan terpaksa rela aku mengangguk.
'Yes, i do.' Aku menjawap sambil tersenyum. seraya orang-orang dalam kafe tersebut menepuk tangan dan bersorak. Oh my, memang malu.
Aku mengajak Armand keluar sebab malu yang teramat sangat. Kami ke taman berhampiran.

'B, apa awak buat ni? Are you serious? Awak dah banyak duit ke nak kahwin ni? Awak baru sebulan kerja.Saya baru nak kerja. Mana kita nak dapat duit B?' panjang lebar aku berleter sambil Armand membuat muka serius.
'Sayang, u tengok muka i.Serius kan?' Yes sayang, i memang nak jadikan u as my wife. I dah lama sangat simpan perasaan pada you. Since kolej di Kuantan.Dan i tunggu kita habis belajar dan i memang tekad i takkan lepaskan u. U are so special to me Adia. I tak nak kehilangan u. We're meant for each other Adia.' panjang lebar Armand menjelaskan perasaanya padaku.

'I akan suruh umi dan daddy merisik you. Kita boleh kahwin tahun depan.Kita buat perancangan dari sekarang.Simpan duit dan plan for everything.Kita dah umur 25 Adia.'Armand meneruskan kata-katanya.Aku memandangnya tanpa berkelip.Gila ke budak ni.25 tu muda lagi.

'Mana cincin tadi? Bagi I, I nak pakai.Dahla membazir beli cincin berlian.Berapa ribu ni? Marahku pada Armand. 

'Janganla marah sayang, cincin ni tak mahal pun.i beli RM 50 je kat Lubisa KLCC.'Armand tertawa kecil sambil menyarungkan cincin kononnya berlian itu.
'Cehhh...Lubisa? It's ok B,Lubisa or whatever pun, i'm so happy with you. Apapun jadi pada u, i tetap dengan u.' Aku memandang Armand dengan penuh kasih sayang.

'Dah,jom beli pergi cari baju u.'marahku.
'Sayang, jom kawin hari ni.Tak sabarlah.'Armand menggatal. aku mencubitnya.dia menarik muka masam. Kami masuk ke dalam Pavillion semula untuk mencari baju-baju kerja Armand dan juga baju untuk aku memulakan kerja sebagai junior arkitek di Firma Borhan Arkitek.



 

 

No comments:

Post a Comment