Suasana petang di bandar Kuantan
boleh tahan sibuk tambahan pula hari Sabtu,memang ramai orang berpusu-pusu
menuju pusat membeli belah dan bersiar-siar.Walaupun Kuantan tidak besar mana
bandarnya,namun pembangunannya boleh tahan.Banyak juga pusat beli belah yang tumbuh seperti cendawan.Namun,aku masih prefer KL , tempat asalku sebagai tempat tinggalku nanti. Tapi
satu benda yang Kuantan tak boleh tandingi KL adalah, pantainya.Teluk Cempedak
dan Cherating,pantai yang cantik di Kuantan.Ok, itu aku akui.Aku suka dengan
pantai.Mendamaikan.Tenang dan segar.
Kami terpaksa pergi awal ke Vistana
sebab Ifa perlu membantu ajk lain menguruskan party malam nanti. Ifa beritahu
yang kami boleh bersiap di bilik yang disediakan oleh pihak hotel. So,aku dan
Alin menumpang Ifa lah bersiap dalam bilik tersebut.Selesai semua kerja di pool
area, kami bergegas untuk bersiap memandangkan jam sudah hampir pukul 8 malam.Pintu
bilik hotel di buka dan aku terkejut sebab Armand dan Syuk ada di dalam
sedang bersiap.Alin dan Ifa tersengih-sengih.Aku tiada pilihan,terpaksa ikut
mereka berdua.
‘Adia,kata tak nak join.’tegur
Syuk.
‘Tukar fikiran.’jawapku selamba.
‘Ei,sekeh kepala kang.’sambung
Syuk sambil mencapai beg dan keluar.aku menjeling dia dan Armand.Syuk memang macamtu.cakap tak pernah nak cover dengan aku.
Kami bertiga bersiap secepat
mungkin dan turun ke swimmping pool area.Sampai di sana aku tergamam sekejap
sebab nampak cantik pool area tu dihias oleh budak-budak kelab IT Ada sportlight, lilin,belon dan pokok-pokok kehijauan.
‘Adia.cantiknye kau.’tegur
Mira,kawan kelasku. Aku hanya memakai dress chiffon
berwarna mint, rambut pendekku dihias dengan ribbon clip dan kasut flat
ballerina berwana silver berbunga .Itu pun kategori cantik ke.Dahla rambut pendek macam barbie doll.Mungkin sebab aku pakai dress.
‘Biasa je,thanks Mira.’jawapku.Ifa
dan Alin mencebik antara satu sama lain.
Kami bertiga duduk semeja dengan
rakan yang lain,Zarif,Aini dan Shila.Party santai yang tak berapa santai ni nampak
macam formal jugak sebab ada MC,ada games dan live performance sebab aku
tengok ada drum dan gitar disediakan.Makanan yang disaji pun boleh
tahan.Tiba-tiba aku terfikir,dari mana dapat budget diorang ni.
‘Ifa, happening nampak party
ni.Siapa sponsor?Kolej ke?’tanyaku pada Ifa yang asyik menjamu selera.
‘Duit kelab separuh,sponsor
separuh dari siapa aku tak tahu.’jawap Ifa.dalam hatiku bertanya siapa pulak
sanggup sponsor tempat mahal macamni untuk party.
Mataku meliar mencari
Salman.Kalau boleh aku tak mahu dia berada di situ.Tapi,aku tetap nampak kelibat
dia bersama kawan-kawannya.Dan aku terperasan yang dia juga mencari aku.Aku melarikan pandanganku ke tempat lain.Iringin music yang rancak malam
itu membuatkan kami berasa gembira bila bersama-sama berbual,gelak ketawa,mengimbas kembali
suka duka sewaktu mula-mula berada di kolej. Aku di gelar anak manja sewaktu
mula mula berada di sini kerana setiap hari jumaat aku akan balik ke KL.Tahun
pertama setiap weekend aku akan balik ke KL.Setiap kali melalui pintu kolej,aku
perlu melalui hostel budak lelaki,dan memang akan terdengar suara-suara sumbang
mengejek aku anak manja.Tahun ke 3,Ifa muncul dan kami jadi kawan baik,sejak
itu aku jarang pulang ke KL melainkan cuti panjang.Tahun ke 3 aku langsung
tidak balik kecuali hari raya tempoh hari kerana tahun akhir adalah tahun
paling banyak perkara yang perlu disiapkan dan aku rasa aku perlu habiskan masa
dengan kawan-kawan di sini sebelum tamat belajar di sini.perbualan kami terhenti bila Syuk buat announcement.
‘Attention please.’Syuk berdiri
di hadapan kami dan mebetulkan microfon di depannya.
‘Malam ni kita ada special
performance dari geng DIT kelas Pn Dina.’
Aku,ifa dan Alin tersenyum girang
sebab ada live show.Free pulak tu.
‘Ok, saya jemput Salman and the
gang mempersembahkan lagu mereka.’Syuk memberi mikrofon kepada Salman.Yang lain
sedang bersiap sedia dengan drum dan gitar.Alan,Raja dan Mirul.Memang geng dia
dari sem satu lagi.Aku hanya memerhati dari jarak yang tak berapa jauh.Aku tahu
dia suka music.Dia suka jamming.Dan dia mempuyai suara yang sedap.
Bunyi dram dan gitar.Melodi lagu
tersebut cukup aku kenal.Sarah Mclaghan.Salman menyanyi dengan penuh perasaan sambil memandangku.Aku cuba melarikan pandangan tersebut.Bait-bait
lirik tersebut cukup kena antara aku dan dia. Dan aku tahu lagu tersebut memang
ditujukan untuk aku.Tiba-tiba aku hiba.Alin dan Ifa memandangku.
Adia I do believe I
failed you
Adia I know I've let you down
Don't you know I tried so hard
To love you in my way
It's easy let it go
Adia I'm empty since you left me
Trying to find a way to carry on
I search myself and everyone
To see where we went wrong
'Cause there's no one left to finger
There's no one here to blame
There's no one left to talk to, honey
And there ain't no one to buy our innocence
'Cause we are born innocent
Believe me Adia, we are still innocent
It's easy, we all falter
Does it matter?
Adia I know I've let you down
Don't you know I tried so hard
To love you in my way
It's easy let it go
Adia I'm empty since you left me
Trying to find a way to carry on
I search myself and everyone
To see where we went wrong
'Cause there's no one left to finger
There's no one here to blame
There's no one left to talk to, honey
And there ain't no one to buy our innocence
'Cause we are born innocent
Believe me Adia, we are still innocent
It's easy, we all falter
Does it matter?
Tapi bukan aku yang menyebabkan persahabatan kami retak.Aku
tak faham apa sebenarnya yang cuba Salman sampaikan.Alin dan Ifa berpandangan
antara satu sama lain.
Sedang aku mengawal air mataku jatuh,
tiba-tiba tanganku di tarik oleh seseorang ke belakang.Armand menarik tanganku
dan membawa aku keluar dari kawasan pool tersebut.
‘Armand,apa ni.Sakitlah.Kenapa kau tarik aku.’aku merentap
tanganku dari pegangannya.
‘Aku nak jimatkan air mata kau,supaya tak mengalir lagi. Aku
tahu antara kau dan Salman.Dia tu tak guna.Dia tahu mainkan perasaan kau.’Marah Armand.
‘Eh,Armand apa kau merepek ni.Aku dengan dia kawan lah.Aku
takde apa-apa dengan dia.Kau sibuk ni kenapa.’aku menengking Armand.Panas
hatiku dengan kelakuannya.Armand menahan muka marahnya.Merah padam.
Dia memegang erat tanganku.
‘Adia, bagi aku peluang.Please.’pujuknya.Aku berlari meninggalkan
Armand di lobby hotel.Aku keluar dari hotel dan lari sejauh yang boleh dari
pandangannya.Dari jauh aku dengar namaku di panggil.Dan sayup2 tidak kedengaran
lagi.
Aku menahan teksi dan membawa diri ke Teluk Cempedak yang hanya 15 minit dari hotel tersebut.Tempat yang mendamaikan.Jam
hampir pukul 10 malam.sekali sekala aku melihat telefon bimbitku,kalau-kalau Salman menghubungiku.Hampa.Aku tahu bahaya seorang diri.Sudahnya aku duduk dan makan
di mcdonald.Mujurlah mcdonald tersebut beroperasi 24 hours.Aku sms pada Alin
dan Ifa mengatakan aku di sini supaya mereka tidak risau.Tapi aku tiba-tiba
risau macammana aku nak balik kolej sekejap lagi.Kalau mama papa tahu mati aku.
Susah-susah,aku call sepupuku yang duduk di Bukit Sekilau hantar aku ke kolej
nanti.Cuaca sejuk menikam tubuhku.Baju yang ku pakai sedikit nipis,tak berupaya
memberi haba panas kepada tubuhku.Aku menghayati deruan ombak,angin sepoi
bahasa. Di kawasan lapang berhampiran mcdonals,sekumpulan anak muda berkumpul
dengan kereta sport masing-masing.Mungkin anak orang kaya semuanya.Perkara yang
terjadi tadi mula bermain-main di fikiranku semula.Pertama,kenapa Salman mesti
nyanyi lagu tersebut.Apa tujuannya? Benarkah kata Armand yang dia
hanya memainkan perasaanku.Ibarat tidak suka aku dimiliki oleh orang lain
tetapi dia boleh dimiiki oleh orang lain.Ah, Armand cuba menghasutkan supaya
membenci Salman.Jika benar Salman begitu,patutkah aku memaafkan dia.Dan
Armand,benarkah dia betul-betul ada perasaan terhadapku sehingga dia tidak
sanggup melihatku bersedih kerana Salman.
lamunan ku terhenti bila aku diganggu oleh sekumpulan lelaki.
‘Hi, sorang?boleh kami join?’ sekumpulan anak muda berkereta
tadi menegurku.Aku senyap,malas nak melayan mereka.
‘Janganla sombong.Dah malam.Tak elok u duduk sorang diri.’tambah
seorang dari mereka.Aku masih diam,seolah-olah tiada apa yang berlaku.
‘Sorry baby.I lambat ambil u.’aku menoleh ke belakang dan
lihat Armand sedang menghampiri ku.
‘Sorry bro,gf lu ke.Lu tinggal awek cantik sorang-sorang kat
sini.Kitorang chow k.Sorry kacau awek lu.’seorang daripada mereka meminta maaf
dari Armand.
Aku terkejut sekali lagi.Kenapa dia.Kenapa bukan Salman yang
datang memujukku.
‘Mana kau tau aku ada dekat sini?’tanyaku.
‘Alin & Ifa.Diorang ada dalam kereta.Jom aku hantar
korang balik hostel.Nanti lambat kena denda.’Armand menarik tanganku dengan
lembut kali ini.
Aku menarik tanganku dari pegangannya dan berjalan di hadapannya.
‘Adia,kenapa kau benci dengan aku.’Armand bersuara.
‘Aku tak benci kau.Aku tak suka dengan sikap kasar kau.’jawapku.
‘Aku bukan kasar Adia.Aku tak nak tengok kau
sedih.Aku pelik kenapa kau masih mengharapkan Salman.’jelas Armand
‘Aku bukan suka Salman.Aku tak suka dia pun.aku Cuma marahkan
dia sebab dia tipu aku sedangkan kami berkawan.Kenapa dia nak tipu aku.’marah
aku pada Armand.
‘Adia,itu maknanya,dia suka kau tapi dia tak nak memiliki
kau.’jelas Armand lagi.
‘Apa kau merepek ni?’aku menghentikan langkahku.
‘Yes,itulah hakikatnya.Aku lelaki Adia.Aku tau apa yang
tersirat dalam fikiran Salman tu.Dia nak kau bersama dengan dia setiap
masa,tapi dia tak boleh sayang pada kau sebab dia sayang dan cinta pada orang
lain.’Armand cuba menjelaskan lagi.Aku mendengar segala pertuturan yang keluar
dari bibir Armand. Aku diam seribu bahasa.Armand memegang kedua pipiku dengan
kedua belah tangannya.
‘Adia,fikirlah.Dah sampai masanya kau keluar dari diri
Salman tu.’
Aku melarikan pipiku dari Armand.
‘Kau ni memang slumber pegang perempuan ye.’marahku.Armand
tersenyum melihat aku memarahinya.
‘Sorry Adia,aku bukan sengaja.Tapi aku cuba nak pujuk kau.’Armand
sedikit malu.
Kami sampai di hostel jam 1230.Pintu pagar hostel perempuan
dah tutup.Armand terpaksa parking di hostel lelaki dan bawa kami masuk melalui
pagar lubang tempat pelajar lelaki curi-curi keluar masuk.Kami bertiga terkedu
sebab perlu masuk dalam lubang tersebut.
‘Apa ni Armand,takkan nak masuk dalam lubang ni.’marahku.Alin
dan ifa berpandangan satu sama lain.
‘Syhhh..senyap sikit Adia.nanti pak guard dengar.Masuk
je.Ikut lubang ni,kita masuk hostel lelaki lepas tu ada short cut pergi hostel
korang.’Armand berbisik.
Kami berempat terpaksa masuk ke dalam lubang tersebut dan
curi-curi masuk ke hostel lelaki secara senyap-senyap. Tiba-tiba kedengaran
motor pak guard.Kami berempat berlari menyorok di belakang stor hostel
lelaki.Aku terpaksa mengangkat dress setinggi lutut untuk berlari.Mujur aku
pakai kasut flat. Pak guard suspek ada pelajar curi –curi keluar dan dia
mencari pelajar tersebut. Kami menyorok di situ tunggu sehingga pak guard pergi
dari sana.Sedang aku duduk berlutut di sebelah Armand,terasa seperti sesuatu
yang lembut jalan di atas kakiku.Aku pandang ke bawah dan lihat seekor tikus
berada di atas kakiku.aku hampir menjerit dan mulutku ditutup Armand dan entah
macammna aku terpeluk Armand.Kami bertentang mata.Terasa seperti ada satu
kuasa yang masuk ke dalam badanku yang menyebabkan jantungku berdebar melihat
Armand. Alin dan Ifa tersengih melihat aku dan Armand.Armand menghalau tikus itu dan aku meleraikan pelukan dari badan Armand.Bau parfume CK one pada badannya.Setelah pak guard keluar dari
kawasan kami beredar.Aku tidak sempat mengucapkan terima kasih pada Armand.
No comments:
Post a Comment