Monday, 28 October 2013

DBFA- Bab 1


Semester terakhir di kolej. Projek akhir tahun dalam proses nak siap.IT student, projek akhir mesti berdasarkan programming.Macammana aku boleh terjebak belajar kursus ni sedangkan aku suka fesyen.abaikan.habiskan dulu diploma ni,kemudian cita-cita nak jadi fashion designer fikir lepas ni. 

‘Adia!' Aku menoleh ke belakang bila dengar namaku dipanggil.
Salman berlari-lari ke arahku.
‘Ha,awak kenapa?’tanyaku sambil mengerut muka melihat dia termengah-mengah.

‘D, final projek awak macammana? Software  jalan tak?’sambil menarik nafas termengah-  mengahnya.

‘oh, ada nak kena edit lagi.ada certain page tak jalanla.’balasku.

‘Minggu ni balik Ampang tak? tanya dia lagi.

‘Tak la.Rasanya semester ni memang tak balikla.nak siapkan projek.balasku lagi.

Ók,saya gerak dulu.nanti janji la bila nak tengok programming awak tu.'
 sambung salman sambil beredar.

Aku teruskan langkah pulang ke bilik asrama untuk berehat selepas seharian berada di kelas dan makmal untuk menyiapkan final project. Sedapnye dapat merehatkan badan di atas katil bilik kolej yang tak berapa nak empuk.entah kenapa tiba-tiba teringat pada Salman tadi.Salman,dia adalah kawan baik aku sejak zaman sekolah lagi.boleh dikatakan kawan baik sebab memang kami kawan baik. Satu sekolah,Cuma tak satu kelas.Satu tempat tuisyen,tinggal dalam kawasan Ampang juga.Aku kenal dia pun sebab kami selalu terserempak di LRT Ampang setiap waktu pergi dan balik sekolah semasa aku belum pindah ke sekolahnya.Aku berulang dari Ampang ke KL setiap hari untuk ke sekolah.Sampai satu masa aku beritahu mama yang aku nak pindah sekolah.


Entah macammna aku dapat keberanian tegur budak Salman ni tentang sekolahnya.Masa tu tingkatan 3.Aku selalu nampak dia dengan pakaian pengawasnya dan lencana sekolah nya begitu menarik perhatian aku.Satu hari tu,semasa balik dari sekolah,aku menegurnya.

‘Awak,saya nak tanya.Awak sekolah mana ye?’tegurku dengan selamba.

‘Hi, saya sekolah Sri Indah.’jawapnye malu-malu.eis..aku pulak yang tak malu.

‘Oh, saya nak tau pasal sekolah awak sikitlah.’

Kami pun mula berbual dengan tentang hal sekolah.Semua aku ceritakan pada dia yang aku kene berulang jauh untuk ke sekolah sekarang sebab aku baru pindah dari bandar F ke Ampang ni.Sejak dari situ, kami bertukar alamat email dan berchatting tentang sekolah dan proses nak pindah.Aku suarakan pada mama dan papa tentang perkara tersebut dan mereka setuju.Tingkatan 4 aku pindah ke sekolah Sri Indah.Salman masih di situ.Dia la kawan pertama aku di sekolah itu. Dan aku tak sangka pulak dia tu pelajar terkenal kat sekolah tersebut.Dan aku pun menjadi terkenal sebab first day ke sekolah aku kene tahan dengan pengawas sebab tak pakai tudung.Tapi, sekolah lama aku boleh tak pakai tudung.Habis waktu sekolah, Salman datang dan bercakap tentang isu tudung.dan aku faham.Keesokkannya,aku datang bertudung. 2 tahun kami berkawan selama berada di sekolah tersebut walaupun kami berlainan kelas dan kebanyakkan rakan-rakannya tidak suka kami berkawan.Sehingga hari ini aku tidak ada jawapan kenapa kawan-kawannya tidak suka kami berkawan.Sebenarnya, banyak perkara yang terjadi dalam persahabatan kami.Aku tak tahu macammana nak simpulkan tentang persahabatan kami.Demi allah,niat aku untuk berkawan dengan dia kerana aku tahu dia sesuai menjadi sahabat yang boleh diharap.


Masa SPM,tingkatan 5,hubungan kami makin rapat kerana tuisyen bersama.Mama dan papa aku pun dah kenal dengan dia. Makanan kegemarannya dari masakan mama aku adalah mee kari. Aku tak pernah tahu dia ada girlfriend.Bagi aku tingkatan 5 tu tak perlu nak fikir pasal benda tu sebab masih mentah.Ya,aku ada berkawan dengan ramai lelaki tapi tak sorang pun aku declare sebagai special.2 bulan sebelum SPM,dia datang jumpa aku dan explain tentang hubungannya dengan seorang gadis yang bernama Ziandra.Yang pasti bukan dari sekolah kami.Tapi dari tempat tuisyen kami.Ok,saya faham situasi dia dah ada kekasih.Tapi yang aku tak faham, Ziandra tidak benarkan dia rapat dengan aku lagi.Aku terkedu.Aku hilang kawan baik sebab dia ada kekasih.Aku tak sedih tapi aku rasa ini mengarut.Yang pertama sebab,kekasih kau ni tak sporting langsung.Kedua,kau ingat ini zaman dulu kala ke ape.Dan aku putuskan yang aku ok if dia tak rapat dengan aku lagi demi kekasih dia tu.Sedih jugak hujung minggu bila kelas tuiyen aku tak dapat pergi dengan dia.Aku duduk dalam kelas sensorang sambil nampak kelibat dia dengan kekasih hati dia.Suck.


Aku bukan sedih sebab aku bukan kekasih dia.Tapi ada satu perasaan dekat situ yang bermain-main dalam fikiran aku melaung-melaung kenapa.Kenapa dan kenapa.Kenapa dia buat aku macamtu.Kami berkawan,bukan pasangan kekasih.Kenapa Ziandra tak kasi aku berkawan dia.Takkan Ziandra jeles sebab aku lagi cantik dari dia.Ye Ziandra,aku tahu kau anak orang kaya dan tak berapa cantik ,dan aku orang biasa. Dan Salman,sebab kau dapat anak orang kaya,kau tak nak kawan dengan aku.Ah,korang berdua sama.



‘D, bangun,solat.Manghrib dah ni.’aku terasa kakiku di tarik-tarik.Aku bangun perlahan-lahan mengesat mata dan menguap.Aku tertidur rupanya.Alin mengeleng kepala.

‘Dah berapa lama kau tido ni.’

‘Entah.balik kelas tadi,lepak-lepak kt katil,terus tertidur.’jawapku.

‘Aku nampak Salman dengan kau tadi kat bawah pokok,apa dia nak.’Garang Alin menyoalku.Alin tahu cerita antara aku dan Salman.

‘Oh,takde ape.dia Tanya pasal aku punye final project.’ringkas jawapanku.

‘Erm,ye ke tu.ke nak menyulam kasih dengan kau.’Gurau Alin.

‘Ish. Takdela.’longlai aku bangun mencapai tuala ke kamar mandi.






Malam minggu di asrama kolej.Ada yang balik ke kampung.ada yang keluar bandar,ada yang berdating. Aku dan Ifa,sibuk menyiapkan final project.Minggu depan minggu terakhir untuk present sebelum final presentation.

‘D, aku rasa aku punye chapter 2 tu programming tak jalan la.Bila aku run asyik error.’ Ifa memadangku dengan muka risau sambil mataku melihat screen laptop Ifa yang penuh dengan code dan nombor.

‘Apa yang error.bagi aku tengok jap.’aku cuba menolong Ifa sambil jari jemari laju menekan papan kekunci.

‘Erm, tak berjaya.Aku try and error pun error lagi.’ujarku sambil tersengih.

Ifa dah gelabah.muka dah nak nangis.

‘macammna ni D,matilah aku.esok dah Ahad.Isnin aku slot pertama kena present pulak tu.’Ifa dah start buat perangai meroyan dia.

‘Kejap, aku tanya Joe.mana tau dia boleh tolong.’aku mencapai henfon dan sms pada Joe, pakar programming di kolej.

Adia: Joe,ada kat hostel tak?aku nak minta tolong tengokkan Ifa punya programming ni,tak jalan.asyik error.

30 saat lepas tu sms masuk.

Joe: D, sorry.aku balik hometown.

Alamak,balik kampung pulak budak ni.Erm,siapa lagi yang aku boleh mintak tolong ni. Dan secara automatic, wajah Salman terbayang.cepat-cepat aku sms dia.

Adia: awak ada kat hostel ke?

Tak sampai 30 saat,sms masuk.

Salman:ada kenapa D?

Aku tersenyum lega.

Adia:nak mintak tolong tengok ifa punye programming.asyik error.isnin dia nak kene present dah.jumpa kat kafe setengah jam lagi boleh?

Salman: ok,boleh.


Fuhh,Berjaya.walaupun ada cerita sedih antara aku dan dia,kami cuba untuk bersikap professional dan anggap semua yang jadi adalah ketentuan.

 Aku dan Ifa menunggu Salman sambil menikmati roti canai dah nescafe tarik café.Boleh tahan sedap.ye lah dah 3 tahun makan masakan makcik kafe ni,dah sebati rasa.10 minit kemudian,Nampak kelibat Salman dari jauh.Salman,dia dikenali dan popular sebab pertama dia berbaby face.rambut potongan nick carter backstreet boys,putih dan comel sebab dia tak tinggi.dia tinggi sikit dari aku.kadang-kadang aku tak boleh berdepan dengan dia selepas cerita sedih tu,sebab banyak kenangan akan datang mengamit semula.
‘Korang,lama tunggu? Sorry k.tidur tadi.' sengih dia.

‘Kitorang dah selamat makan 2 keping roti canai ni’balas ifa. Aku menyedut saki baki air nescafe ais di depanku.

‘So ape masalahnye.’tanya Salman.

Ifa menjelaskan masalhnya yang dihadapinya.aku tolong dengar dan tengok apa mamat tu nak buat.

Sedang kami berbincang tentang masalah programming tersebut, telefon ifa berbunyi.

‘Korang,aku balik bilik kejap k,diorang kata tingkap bilik aku pecah.Nanti aku datang semula.’jelas ifa.

Aku dan salman mengangguk. Aku tak suka sebenarnya berdua dengan Salman.sebab selepas apa yang terjadi dulu,kami memang seperti tak mengenali satu sama lain.

Aku biarkan Salman meneruskan kerjanya sambil aku menyiapkan reportku.jam menunjukkan pukul 830 malam.Kafe tutup pukul 12 malam.kata Salman,makan masa sikit sebab nak cari coding baru.

Kami dipisahkan dengan labtop Ifa ditengah-tengahnya. Sambil mencatat maklumat untuk report,aku menjeling Salman sesekali dan memikirkan tentang persahabatan kami dahulu.

Sayangnya Salman,persahabatan yang kita bina dulu tak boleh di gam dan kembali seperti dulu.aku terasa seperti orang asing dalam hidup kau sedangkan dulu kau dan aku seperti kembar yang tidak ada apa perlu dirahsiakan.

‘D, saya rasa saya tahu kenapa ifa punya software ni tak jalan.System tak support coding.’

Fikiranku masih melayang terfikirkan kejadian 2 tahun lepas.kejadian yang menyebabkan aku dan Salman tidak bertegur siapa dan dia buat pertama kalinya menghancurkan hati aku sebagai sahabat.


‘D,awak dengar tak.’Salman menguatkan suaranya.

‘Salman,kenapa kita jadi macammni?’aku tiba-tiba bersuara.dia memandangku.

‘Awak masih teringat perkara dulu?’Salman merenungku.

‘Awak rasa?’balasku. dia terdiam dan tidak memandangku.pandangannya dilontar ke bawah.seolah-olah tidak berani bertentang mata dengan ku.aku cuba untuk tidak mengungkit hal lama,tapi kesan luka dalam hatiku masih belum baik walaupun dah banyak ubat cuba aku letak.scar masih ada.aku masih ingat, October adalah bulan lahir kami.Kami kongsi bulan lahir yang sama.mungkin sebab itu kami boleh menjadi pendengar dan sahabat yang baik.


Sebulan sebelum majlis hari jadi aku,dia janji akan datang dan celebrate bersama sebab mama dah janji nak masakkan mee kari untuk dia. Aku tahu pertelingkahan ni macam mengarut tapi puncanya dari majlis hari jadi aku dan seterusnya meretakkan sebuah persahabatan.2 jam sebelum majlis bermula,Salman datang dan memberitahu yang dia tidak boleh datang sebab ada hal keluarga.Aku faham sebab hal keluarga.Ziandra aku jemput sekali kerana tahu dia kekasih Salman.Jadi,tak timbul sebarang isu pun. Saat dia mengatakan yang dia tidak boleh hadir,hati aku remuk kerana aku mengharapkan dia untuk datang meraikan hari jadi bersama-sama.Sedangkan mama aku pun dah anggap dia seperti anak sendiri.Dan lebih berkecai hati, aku dapat tahu dia tak datang bukan sebab ada hal keluarga,tapi dia bersama Ziandra,meraikan hari jadinya di sebuah hotel.Sejak dari hari itu,hari jadi aku kami berdua terus renggang dan putus sahabat kerana dia telah menipu aku.Aku tak akan marah kalau dia jujur terhadapku.


‘D,saya minta maaf.saya tak tau ini kali ke berapa ratus saya minta maaf pada awak.’

Aku menundukkan wajah.aku tak nak menangis depan dia.aku tiada perasaan cinta pada dia tapi kenapa aku terlalu sedih bila persahabatan kami putus.

‘Salman,sampai sekarang saya terfikir kenapa awak ikut saya belajar kolej yang sama.sedangkan awak tau Ziandra memang tak suka awak rapat dengan saya.saya terfikir kenapa.dan sampai sekarang saya tak dapat jawapannya.’aku menguatkan semangat untuk meluahkan apa yang aku rasa.


‘Awak tau apa perasaan saya saat awak tegur saya masa first day kolej di pejabat pendaftaran?’


‘Saya terkejut.Saya terkejut sebab hampir setahun kita tak berhubung, tiba-tiba awak muncul depan mata saya.Apa sebenarnya tujuan awak.Ziandra suruh awak sakitkan hati saya?Atau awak yang suka tengok saya sakit hati.’air mata mula bergenang.shit.ini bukan aku.aku bukan mudah menangis.dan bodohnya aku kerana menangis sebab lelaki yang yang sakitkan hati aku.nasib orang tak ramai kat kafe dan tempat kami tersorok sedikit.

Salman tiba-tiba menggengam tanganku.


‘Adia,saya tau awak kecewa,rasa tertipu dengan saya.awak nak tau tujuan saya belajar kolej yang sama dengan awak.Awak nak tau macammana saya tau awak belajar di sini?Mama awak yang beritahu saya.Saya bertekad,lepas Ziandra tinggalkan saya,saya nak jumpa awak,nak jelaskan perkara sebenar.Tapi saya tak dapat peluang tu.Awak menjauhkan diri dari saya.Hampir 3 tahun kita belajar kolej yang sama,saya tak dapat peluang tersebut.Dan,saya sering di ugut oleh Armand supaya jauhkan diri saya dari awak.

Aku terkedu bila nama Armand dikaitkan.Kenapa dengan Armand?

Bersambung...






No comments:

Post a Comment