Insiden 3 hari lepas menyebabkan
aku dan Salman bersengketa semula.Kami mula tidak bertegur sapa seperti 2 tahun
yang lepas.Terasa seperti dejavu pula.Perkara yang lalu kembali
semula.Pertengkaran yang sama terjadi lagi cuma kini melibatkan Armand, rakan
kolejku. Armand rupanya selama ini menyimpan perasaan pada aku secara diam.Dan
lebih terkejut lagi selama ini dia memang mengugut Salman. Rupanya Alin orang
kanan Armand.Padanla Alin marah sangat kalau aku dan Salman bertegur sapa dan
berbual.Baru aku tahu kenapa Armand bersungguh membantu aku dalam majlis
anugerah dekan semester lalu dan aku tidak menyangka dia menaruh perasaan pada
aku sejak tahun 2 di kolej lagi.Tapi aku tidak ada perasaan pun dengan dia.Aku
berkawan dengan semua lelaki di kolej.semuanya aku anggap kawan sekolej.Kawan
sekolej yang aku boleh sekeh kepala,yang aku boleh marah sesuka hati,yang aku
boleh bergurau tak kena masa. Tapi untuk ada kekasih di kolej,untuk ada
seseorang yang aku cintai di kolej,tidak.Itu bukanlah aku.Aku tidak suka
komitmen sewaktu belajar.Aku tidak suka masaku dikongkong, dikawal oleh orang
lain.Aku tidak suka berdating tidak tentu masa dan pastinya aku tidak suka
membazir duit,memujuk orang dan segala-galanya.Bagi aku, cinta kolej adalah
sama dengan cinta monyet. Dan aku tidak terfikir untuk mempunyai cinta waktu
sekarang.Belum masanya.
Pembentangan projek akhir di
jalankan minggu ini. Alhamdulillah,Ifa punya program berjaya di selamatkan oleh
Salman. Pertelingkahan antara aku dan Salman menyebabkan Ifa bingung sekejap
bila melihat aku berair mata tempoh hari.Salman berlalu pergi sebaik sahaja Ifa
datang. Nasib baik Ifa jenis memahami aku,dia tidak bertanya tentang apa yang
telah terjadi antara aku dan Salman.Minggu terakhir di kolej,merupakan minggu
pembentangan projek untuk semua pelajar IT di kolej.Giliranku pada hari Jumaat
pagi.mama dan papa akan datang minggu hadapan untuk angkat barang di
kolej.Maknanya,aku ada seminggu lagi untuk kemas semua barang dan siapkan borang-borang
untuk keluar kolej.Sabtu selepas giliran pembentangan projekku, batch kami buat
party.Konon-konon nak meraikan yang kami telah tamat belajar di
sini.Organizer dari ketua pelajar course IT, Syuk,merangkap best friend
Armand.Tema yang aku dengar tepi pool,santai.Whatever.pastinya aku tak akan
terlibat sama.
***************************************************************************************************************
Khamis-sehari sebelum
pembentangan projek, aku lepak di dalam bilik untuk check project dan tengok
mana-mana bab yang masih belum di edit atau perlu di edit.So far,nampkanya
semua dah ok.Tinggal nak praktis skill presentation sahaja.
‘Fuh.Settle projek’. Aku menghela
nafas panjang.Alin dari tadi asyik dengan magginya.Sedap pulak bau.Perut aku
mula terasa lapar.Lupa,pagi tadi makan roti gardenia dengan butter je.Patutla
lapar.
Alin masih tidak tau tentang hal
aku dan Salman tempoh hari.Sengaja mahu buat dia rasa bersalah sebab
merahsiakan tentang Armand dari aku.
‘Alin, kau kenal Armand?budak
kelas Pn Zati?’tanyaku sambil melihat riak muka Alin.Alin tersedak.sambil
terbatuk-batuk dia menjawap.
‘Kenal,kenapa?’
‘Saja tanya’. Jawapku sambil
bangun dan mencapai biskut.
‘Dia handsome kan.kau tak minat
dia?’seloroh Alin
‘Takk.langsung tak minat walaupun
aku tahu ramai giler budak suka dia.’sengaja aku kuatkan suaraku sambil mencebik
bibir pada Alin.Alin berhenti makan, meletakkan mangkuk maggi dan melompat ke
katilku.
‘D, aku ada something nak
beritahu kau.’
Aku dah dapat agak apa yang dia nak
beritahu pada aku.
‘Armand syok kat aku?’sengaja aku
bertanya dengan nada riak.
‘Eh,mana kau tahu’? Alin
terkejut.
‘Eh,mana aku tau.aku gurau je lah.’aku
cuba berselindung dari perkara sebenar.
‘D,dia memang jatuh cinta dengan
kau.Dari tahun 2 lagi.aku best friend dengan dia
lah.Selama ni, kami banyak
jumpa sebab dia nak tahu pasal kau.’Jelas Alin bersungguh.
‘Kau tak nak bagi di peluang ke
D?’tanyanya lagi.
‘No. aku tak mau.aku taula dia
hensem,baik,best student.tapi aku takde perasaan dekat dia.’ujarku sambil
mengunyah biskut.
‘D,bagilah dia peluang.kesian dia
aku tengok.kau tak dia pernah bertumbuk dengan Salman?’
Aku terkejut.hampir tercekit
biskut yang sedang aku kunyah.
Alin mula jelaskan kenapa dia
bertumbuk dengan Salman.Aku terasa macam cerita Hindustan pulak.Tak sangka pula
diorang sanggup bertumbuk sebab aku. Padan muka Salman.Kena penumbuk sebab
sakitkan hati aku dulu.Bagus juga Armand tolong balaskan dendam pada aku.Armand
protective sungguh pada aku.Rupanya, tahun 2 dulu masa aku dan Salman
bertengkar dia Nampak aku menangis dan sudahnya,Armand datang jumpa Salman dan
singgahlah satu penumbuk di muka Salman sebab buatkan gadis idamannya, mengalirkan air mata.oh,sungguh romantik kamu ni Armand.Tapi,sorry
Armand,seriously you are not may taste.Aku jelaskan pada Alin kenapa aku tidak
suka lelaki seperti Armand.Alin menunjukkan muka marah,tanda tidak setuju.Pertama dia panas baran dan kedua aku tidak ada
perasaan pada dia.aku bukannya marah pada Armand sebab dia tumbuk best friend
aku.Aku suka Armand buat begitu sebab at least ada orang defend aku bila aku
tengah bersedih.tapi aku tidak suka Armand mencederakan sesiapa.Aku termenung
memikirkan Armand seketika.
“Invitation to MIT dinner. 20
October 2002.830pm.Swimming Pool area, Vistana Hotel “
Ramai berkerumun dekat announcement
board tu.Yang bukan dari kursus IT pun sama menyibuk.Ifa bukan main lagi
mengelinjat seronok.
‘Ei,tak sabarnye aku nak
pergi.Armand sure hensem malam tu.’Ifa tersengih.
Aku memandangnya dengan sinis.
‘Dah kenapa kau ni Ifa,gedik
semacam.’marahku.
‘Eh,mestilah.Ni lah masanya nak
enjoy sebab dah stress buat final project.Otak mau rehat cik kak oi.’marah Ifa
kepadaku semula.
Ini semua tak penting bagi
aku,yang penting aku dah habis present dan presentationku mendapat pujian dari
supervisor.Itu paling aku seronok.Esok Sabtu aku ambil keputusan untuk
pergi ke rumah pakcikku,makan sedap-sedap.Malam ni aku nak layan cd cerita
best-best yang aku tak dapat nak tengok sebab projek akhir ni.Yeay…itu yang
paling seronok.
'Oi D,termenung apa!’jerit Ifa di
sebelahku.
‘Takde apela.aku tengah fikir nak
pergi rumah uncle aku esok’. Jawapku.
‘Ala D,janganla.kita join la
party ni.sekali ni pun.last.lepas ni mana ada party dah.’Ifa cuba memujukku.
‘Nope.kau nak pergi,kau pergi.aku
tak nak pergi.aku nak balik bilik.bye.’ujarku sambil melangkah laju
meninggalkan Ifa yang terpinga-pinga.
Sampai bilik, aku tertidur dan
terjaga lebih kurang pukul 7 petang.Aku termenung lagi.Aku mencapai telefon
bimbit dan menghubungi pakcikku untuk
memberitahu yang aku akan ke rumahnya esok.Tapi hampa,dia dan isterinya
outstation dari hari ini hingga Isnin depan.Aku temanggu seketika.Apa aku nak
buat.Esok sure semua kawan –kawan aku sibuk nak pergi party tu.Patutke aku
join?Nanti aku akan Nampak Salman dan aku akan jumpa Armand.2 orang yang aku benci.Sedang
aku mengelamun,pintu bilik aku di ketuk.Aku bingkas dari katil dan membuka
pintu.Jennab rupanya.Budak bilik sebelah.
‘Kenapa jennab,maghrib-maghrib
datang jumpa aku ni.’Jennab senyap.Dia berjalan ke arah meja Alin dan mengambil
buku Alin tanpa bersuara.Aku pelik melihat kelakuan jennab ni.Memanglah Jennab
ni pendiam.Tapi takla sampai orang tanya tak jawap.Jennab berlalu keluar tanpa
sepatah kata.Bulu roma aku meremang tiba-tiba.Cuba fikir positif.Tak sampai
seminit Jennab keluar, Alin balik.
‘Kenapa kau ni D,macam nampak hantu’Tegur
Alin.
‘Takde ape.aku baru bangun tidur.’selindungku.
‘Kau Nampak Jennab tak tadi?’tanyaku
‘Ada,kat kafe tadi tengah makan
dengan roommate dia’. Jawap Alin.aku terkejut.terkedu dengan jawapan Alin.siapa
yang datang bilik tadi?
Kes maghrib tadi bermain-main di
fikiranku.Namun aku cuba tidak fikirkan.Betul,aku penakut bab ni.Lepas solat
tadi, aku baca yassin dan ayat qursi banyak kali.Aku call mama dan
menangis.Mama tenangkan aku.Dia bagi aku ayat al waqiah dan suruh aku baca al
fatihah dan ayat qursi berulang kali.Nak pergi toilet pun aku suruh Alin teman
dan pesan pada Alin malam ni tidur bukak lampu.Alin pelik melihat perangai
aku.Aku tak nak beritahu dia sebab dia lagi penakut.Mau kena hysteria pulak
budak ni.Aku cuba hilangkan perasaan takut tersebut.Aku ajak ifa dan Alin
temanku tengok movie.Berapa movie kami layan.Dari cerita romantic,cerita
sedih,cerita kelakar.Sampai pukul 4 pagi rasanya,kami tertidur.Aku tersedar
pukul 10 pagi.Alin dan Ifa masih tidur.Aku kejutkan mereka berdua untuk pergi
sarapan sebab perut terasa lapar sangat.
‘Alin,malam ni kau join tak
party?’tanya Ifa pada Alin sambil menjeling pada aku.
‘Mestilah pergi Ifa.Party tu.’jawap
Alin bersungguh.
‘Malam ni hostel sure
kosong.Ramai balik kampung dan ramai pergi party tu.’sambung Alin.
Tiba-tiba aku teringat hostel aku
majority budak IT.Selang 2 bilik aku budak bisnes dan sebelah bilik aku bilih Jennab.Oh no.Macammana ni.
‘Ifa, aku join la.Aku ikut korang
ye.’ujarku dengan perasaan malu.Kalau tidak pasal hal Jennab tu,aku mesti dah
duduk bilik sorang-sorang.Bukan aku tak pernah buat.Tapi sebab aku
diganggu,terus aku terpaksa setuju untuk ikut budak berdua ni.
‘Yeay..Adia join kita.’jerit ifa
dan alin tersenyum lebar.Aku, senyum terpaksa.Terpaksa sebab hantu Jennab.Damn.
No comments:
Post a Comment