Tuesday, 12 November 2013
DBFA-Bab 6
Armand tersenyum sendiri di dapur rumahnya. Minumannya sesekali di tenguk.Sambil minum dan tersenyum teringat hal di Bali tiga hari lepas.Teringat macammana Adia mengubati lukanya.Adia memang comel.Marah pun comel.Muka masam pun comel.Argh..kenapa aku tak minta no telefon Adia.Alin memang takkan bagi nombor Adia.Issh..bodohnya aku ni.
'Kamu ni kenapa Am.Tersengih sorang-sorang macam orang gila ni.'Ibu Armand membuka peti ais dan melihat kelakuan pelik anak tunggalnya itu.
'Mana ada apa Umi.' Armand meletak gelas dan kembali ke ruang tamu.
Ibunya, Pn Khalijah mengeleng kepala melihat kelakuan anaknya. Bukan dia tidak kenal anak tunggalnya itu.Kalau dah tersengih seorang diri itu,adalah something yang jadi padanya.
Armand menonton televisyen di ruang tamunya. Minggu depan result exam keluar.Sementara itu,dia memang melepak di rumah.Tidak mahu bekerja part time kerana dia memang seorang pemalas untuk mencari kerja. Puas ayahnya memujuk untuk bekerja di syarikatnya sebagai kerani sambilan,mentah-mentah di tolaknya.Dia rela menjadi driver kepada umi untuk pergi ke mana-mana. Channel tv di tukar banyak kali.Tiada cerita yang menarik.Semuanya membosankan.Hari bekerja begini memanglah membosankan bagi penggangur macam dia.Dia mencapai telefon bimbit dan menghubungi rakannya.
' Bel, jom lepak.Aku boringlah kat rumah.'
'Aku ada hal ni.Sejam lagi aku jumpa kau kat Coffee Beans Ampang boleh?'
Armand mematikan telefon.
Ampang.Alamak malas pulak nak drive.Tapi takpe,dari takde apa nak buat,aku rela lepak dengan kau Bel.
Armand bingkas bangun dan bersiap.Jam dan 3 petang.Kena cepat.Kalau tak jammed dari Subang nanti.Ampang tu memang terkenal dengan jammed.
"Umi,Am nak keluar ni jumpa Bel.Balik lambat.Tak dinner sama tau.'Jerit Armand dari ruang tamu.Uminya sedang sibuk di dapur membuat minuman petang untuk ayahnya nanti.
Armand menghidupkan enjin kereta Integra dan menuju ke tempat yang di janjikan.
Sampai di sana, kelibat Bel masih belum nampak.Armand menuju ke kaunter dan memesan minuman kegemarannya, Ice Choc. Tangan dan matanya masih sibuk membalas sms dari Bel.Sedang dia duduk menikmati ice choc itu,matanya terhenti kepada susuk badan seorang perempuan yang sangat dikenalinya sedang mengemas meja di depannya.Ah,comelnya gadis itu memakai uniform coffee shop ni.
' Adia!'Jeritnya. Perempuan itu menoleh.
Adia terkejut melihat Armand di situ.Adia sedang sibuk mengemas meja di kedai tersebut.Armand menghampirinya.
'Kau keje sini?buat part time?'Armard menyoal bertubi-tubi.
'Ye lah,aku boring kat rumah.Dapat duit poket sikit kan.'Adia membalas.
'Ala,kalau aku tau aku suruh kau yang buat minuman aku.'Seloroh Armand.
'Ngadalah kau ni.Aku tengah kerja ni.Nanti bos aku marah.' Adia berlalu pergi.
Armand tersengih-sengih melihat Adia berlari-lari anak.
Armand tersenyum seorang diri.Dia melihat Adia tekun bekerja.Adia langsung tak memandangnya.Tak sia sia dia pergi ke Ampang hari ini.Rupanya,takdir menemukannya dengan Adia lagi.
'Am!' Jerit Bel dari luar kedai.
'Woi,kau ni kenapa aku panggil tak dengar.Tersengih-sengih.'Bel meninjau-ninjau siapa yang Armand pandang.
'Syhhh,aku tengah tengok awek aku kerja.' Armand menyedut airnya sekali sekala.
Bel terpinga-pinga lagi.
'Bila pulak kau ada awek ni.Kau kan gay.'Balas Bel.
Armand tersentap.
'Banyakla kau gay.Kalau aku gay,aku tackle kau dulu.' marah Armand pada Bel.
Mereka ketawa besar. Sebelum beredar Armand meninggalkan pesanan kepada seorang pekerja di sana untuk diberikan kepada Adia.
'Dear cute girl, take care ok.'
Adia mencebik melihat nota itu.Dia menyimpan nota tersebut di dalam poket seluarnya.
****************************************************************************************************************
Adia keletihan selepas seharian bekerja di coffee shop berdekatan dengan rumahnya itu.Rasanya kalau sebulan dia bekerja di situ,mau turun 5kg berat badannya.Sekarang beratnya 42kg dengan ketinggian 150cm.Kalau turun lagi,alamatnye terbanglah dia ditiup angin.Fuhh.Penat tapi seronok bekerja di sana sebab dapat jumpa dengan macam-macam jenis orang.Dia bekerja sambilan sehingga bulan depan sahaja sebab bulan depan dia akan berkonvo.Bagus juga aku bekerja sambilan ni,at least bolehlah tambah duit poket dan tabungn.Kalaulah aku dapat sambung belajar di luar negara nanti,adalah sikit duit untuk buat perbelanjaan nanti.Ye lah,mama tidak bekerja,harap pada papa seorang sahaja.Walaupun jawatan papa sebagai pengurus, dia tahu banyak juga belanja nanti.
Adia mula berangan-angan jika dia dapat menyambung pelajarannya dia UK nanti.Tak sabar dia menunggu keputusan peperiksaan akhirnya minggu depan.Sedang dia mengelamun di atas katil di dalam biliknya itu,telefonnya berbunyi.Ada sms yang masuk.
'Hi Adia,finally i got your number.Esok kerja tak? Aku nak datang coffee shop tu,nak suruh kau buat air untuk aku.Armand.
Damn.mana mamat ni dapat nombor aku.Siapa yang bagi ni.Adia membalas sms tersebut
' Eei,mana kau dapat nombor aku ni.'
Adia menanti penuh sabar balasan dari Armand
'Adalah.mana boleh bagitau kau.Eh, kau nampak comel sangat pakai baju coffee beans tu,dengan apron skali.hahaha.'
Erghhh...Armand.Kau ni memang jahat.Jariku laju menaip keypad telefon Nokia itu.
'Jangan kacau aku kerja.Nanti bos aku marah.Kat subang banyak coffee bean kan.'
'Eh,tu bukan kau punya kedai pun.Aku datang jugak esok.'
Telefon bimbitnya di campak.Adia mengetap bibir. Tak habis habis lagi Armand ni menganggunya.
'Adia.' Panggil mama dari bawah.
'Ada apa ma.' jeritku
'Turun makan.Papa ada something nak bincang dengan awak.'
Adia bingkas bangun dari katil turun ke bawah.Dilihatnya papa dan mama sedang menunggu dia di meja makan.Adia menarik kerusi dan duduk di meja makan.Bau lauk yang mama masak betul-betul membuatkan dia tidak sabar menjamahnya.
'D, papa ada berita gembira ni.'
Aku memandang papa dengan mata yang bulat.Sambil mulut mengunyah nasi.
' Berita apa pa?'
Mama tersenyum.diam dan memandang papa.
' Biasiswa awak tu dah lulus.' kata papa. Tapi aku musykil sebab result aku belum keluar lagi.
'Eh,tapi pa result D belum keluar lagi.Macammna boleh lulus?'tanyaku.
'Sebenarnya, result awak yang sebelum ni pun dah cukup untuk dapatkan biasiswa tu. Papa kene terima kasih pada ketua papa, sebab dia yang tolong cepatkan proses ni.Ma, nanti Sabtu ni kita ajak mereka sekeluarga makan malam di rumah kita ye.' tersenyum lebar papa.
Aku masih tidak percaya.Mimpi atau betul ni.Nasi yang aku jamah tadi tak dapat sampai ke perut dek kerana terkejut.
' Maknanya, Adia boleh apply mana -mana university di UK la papa?' tanyaku lagi.
'Ye. Adia boleh start pilih university mana.Tentang perbelanjaan nak ke sana,jangan risau papa dah ada simpanan untuk awak belajar.'
Ya allah, syukur pada mu.Kurniakan aku ibu dan bapa yang penyayang, yang
bertanggungjawap.Akutidak akan sia siakan peluang ini dan aku akan balas segala jasa ibu dan bapaku.
' Yeay..thanks papa,thanks mama.' Aku menikmati makan mala tersebut dengan penuh selera.Mama dan papa tersenyum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment