Tuesday, 26 November 2013

DBFA- Bab 7

Suasana petang itu dingin.Hujan renyai membasahi bumi.Adia bekerja seperti biasa.Hari ini dia bekerja sehingga lewat malam kerana mengantikan staff.Ada berapa hari sahaja lagi dia boleh bekerja di sini memandangkan minggu depan dia perlu ke Kuantan untuk convocation.Borang untuk sambung belajar dah diisi dan di hantar. Mungkin ada sebulan lebih lagi dia perlu tunggu untuk fasa kehidupan seterusnya.

Hari ini baru Selasa.Sabtu papa dan mama ada tetamu.Esok aku bekerja masuk pagi hingga petang.Kebetulan Sabtu aku dah tak kerja.Bolehla tolong mama apa yang patut.Adia memikirkan perkara yang perlu di lakukan untuk esok dan hari-hari seterusnya.
Adia tekun melayan pelanggan di coffee shop itu.Lunch hour memang tak menang tangan di buatnya.Hari ini pula dia kena bekerja di kaunter depan.Memang nak pergi kencing pun tak sempat. Sedang Adia sibuk melayan pelanggan di kaunter, matanya ternampak kelibat seseorang. Dia mahu lari tapi tidak boleh.Nak tak nak,dia perlu melayan pelanggan tersebut.

' Give me one hot cafe latte'. perempuan di depannya memesan dan memaut tangan lelaki di sebelahnya.

'Baby, what do you want.' 

Gedik semacam Xandria ni.Aku memang dari dulu meluat dengan perangai dia.Adia sabar melayan karenah perempuan itu. Salman di sebelahnya, muka dengan penuh bersalah dan tidak menegur aku.Dan aku pun memang tiada keinginan pun nak tegur dia.

' I nak caramel latte.' perlahan Salman menjawap. Xandria masih tergedik gedik di sebelahnya.Aku menyiapkan pesanan mereka. Entah kenapa Xandria tu sengaja rasanya nak sakitkan hati aku. Dia sengaja menarik tangan Salman dan dudk di meja berdepan dengan kaunter.Aku tau niatnya mahu aku melihat kemesraan dia dan Salman.Haha..Xandria,kau memang tak matang.Aku tak akan rasa apapun. Sebab aku dah lali dengan perangai korang berdua ni.Sesekali aku melihat Xandria membelai rambut Salman.Salman memandangku dari jauh dengan sugul dan pastinya rasa bersalah.Bodohnya kau Salman.Kena queen control.
Aku tersenyum sendiri.
Adia masih sibuk di kaunter lagi. Telefonnya berbunyi.Adia menjawap.

'Hello.'
'D, Armand ni.Tengok kat luar.' Armand melambai tangan.
Adia mendengus.Telefonnya di matikan.

Armand perhatikan sahaja sikap Adia dari luar.Dia tersenyum melihat Adia yang kuat. Dia tidak mahu menganggu Adia bekerja.Cukuplah sekadar melihat gadis itu dari luar.Cukuplah dia menjadi penyelamat gadis itu.Biarlah Adia tidak melayannya tetapi dia tahu cintanya pada Adia tidak akan berubah.



Adia menghampiri Armand, choc cake diletakan di meja Armand yang sibuk dengan magazinenya.

' Eh, aku tak order kek ni.'Armand terkejut melihat Adia di depannya.
'Kau kan regular customer. Dah 4 hari kau datang lepak sini. Aku bagi lah free.Tapi bukan aku yang buat.'Adia tersenyum

' Wow..ni yang best.free.' Armand tersenyum girang. Laju dia menjamah kec coklat tersebut.
Adia melihat Salman dan Xandria masih di situ berbual,bergelak tawa dan memadu asmara.Aku malas nak tengok drama mereka.Break time aku duduk bersama Armand berbual dengannya.Bukan niat aku untuk sengaja berbuat demikian depan Salman tapi mungkin kerana aku selesa bersama Armand waktu ini.

'D, kau sakit hati lagi tengok dia?' Armand bertanya.
' Entahla,nak kata sakit hati tak.Nak kata sakit hati ye jugak.Tapi aku malas nak fikir.' Adia menjawap.Armand mengerutkan wajahnya.
'Am, jom kita pergi tempat lain.Teman aku beli barang sikit kat Ampang Point.' Aku mengajak Armand.
Armand terkedu bila Adia memanggil namanya Am.Itu panggilan manjanya dalam keluarga.Orang tertentu sahaja yang boleh panggil nama tersebut.

'Kau panggil aku Am?' 
'Aah, senang sikit.kenapa tak boleh ke?' Adia menyoal Armand.
'Eh,boleh-boleh.'Armand tersenyum gembira.

Mereka beredar dari kedai tersebut sambil diperhatikan oleh Salman.



****************************************************************************************************************

Mama sedang sibuk di dapur menyiapkan makan malam. Pagi-pagi tadi lagi dia dan papa sudah ke pasar beli macam-macam jenis lauk basah.Aku ditugaskan untuk buat dessert. Ah, ini yang aku malas.Aku hanya pandai buat triffle.Sebab dessert itu je yang aku suka makan dan sanggup belajar buat. Aku turun ke dapur membantu mama apa yang patut. Ye lah, aku anak tunggal. Kami tiada pembantu jadi aku perlu bantu mama masak apa yang patut. Jam dah menunjukkan hampir pukul 6 petang. Mama dah siapkan 3 jenis lauk cuma sayur sahaja yang belum di gorengnya. Aku mula membuat dessertku untuk disiapkan supaya dapat dibekukan awal. Mama masih sibuk menggulai.

'Ma, berapa ramai kawan papa nak datang ni? tanyaku.
' 3 orang je. Bos dia,wife and anak lelaki dia.' balas mama.
'Kenapa kita tak belanja diorang makan kat luar je,kan senang tak payah masak.' ujarku.
'Ish,kamu ni Adia.Masak la lagi afdal kalau jemput orang makan.Awak kena berterima kasih dengan bos papa tu sebab dia tolong awak cepatkan proses biasiswa tu.' 
' Ye la.' jawapku dengan malas.

Selesai kerja kami di dapur dan siapkan meja makan, aku dan mama bersiap-siap untuk menunggu tetamu kami datang. Mama menyuruhku berpakaian kemas dan berdandan sedikit.Dah macam ada orang nak datang meminang pula.
Aku duduk di dalam bilik berbaring di atas katil melayan perasaan.Biarlah mama dan papa menunggu tetamu mereka. Sambil membelek majalah, telefonnya berbunyi.Mesej dari Armand

Hi D, buat apa.Tak keluar ke lepak malam sabtu ni.

Adia membalas sms tersebut dengan ringkas.

Tengah baca magazine.Penat.Duduk rumah lagi best.Kau pergi mana?Dating?

Seminit kemudian, telefonnya berbunyi lagi.

Aku nak keluar dengan parents.Ada family dinner. Malas sebenarnya ikut diorang, tapi kene paksa.Ikut je lah.

Aku ketawa kecil membaca mesej Armand.


Haha,anak mak.Macam budak kecik kena ikut.

Aku dan Armand membalas sms bertalu-talu dalam masa sejam sampai tak sedar mama mengetuk pintu bilikku.

'Adia,turunlah kawan papa dah sampai.' 
'ok mama.' 

Aku membetulkan pakaian dan rambutku yang dah sedikit panjang itu. Pipiku oleskan sedikit blusher warna pink cair supaya tidak kelihatan pucat. Telefon masih di tanganku, membalas mesej dari Armand sambil tersenyum-tersenyum.Adia turun perlahan melangkah anak tangga satu persatu dan terus ke ruang tamu.

' Nizam, ni my daughter yang apply biasiswa tu.'Papa memperkenalkan aku kepada kawannya,
'Hello uncle,' aku bersalam dengan kawan papa dan isterinya dan meminta izin ke dapur untuk melihat dessertku.Padahal nak larikan diri sebab malas nak berbual dengan orang-orang tua.

 ' Eh, mana anak awak.' tanya mama.
Kawan papa memanggil anakya yang berada di luar. Lelaki itu masuk ke dalam rumah.
Mereka duduk berbual dan bergelak ketawa bersama-sama sambil menunggu makanan di bawa ke depan. Mama menyuruhku membawa semua makanan ke meja makan. 
Aku berjalan perlahan menuju ke meja makan dan hampir terlepas lauk tersebut bila aku melihat Armand berada di dalam rumahku,duduk di meja makanku.
Armand juga terkejut melihatku.Aku berlari ke dapur dengan cepat dengan nafasku termengah-mengah tidak percaya siapa yang ada di dalam rumahku.
Dia anak kepada bos papa? Dia anak dato? Ya allah,aku tak tahu pun.Dia tak pernah bercakap dengan aku tentang perkara ini dan tiada siapa pun pernah cakap dengan aku tentang hal ini.Armand bin Nizamuddin. Dato Nizamuddin.Bos papa. Selama ini aku hanya tahu papa memang bekerja dengan seorang dato yang sangat baik,yang sangat rendah diri dan suka membantu pekerjanya. 

'Eh,kenapa dengan kamu ni Adia?'tanya mama bila melihat aku yang seakan terkejut.
'Takde apa ma. mama Adia duduk dalam bilik boleh?' tanyaku.
'Mana boleh,D kene makan sekali.Ni mesti malu dengan anak kawan papa kan.Ye lah,anak dia kacak juga mama tengok.' usik mama.

Aku melangkah longlai ke meja makan dan duduk berdepan dengan Armand.Armand tersenyum-senyum.Dia juga tidak menyangka yang ayahnya berkawan dengan papa Adia.
Mereka berbual mesra termasuk Armand.Bukan main lagi dia berborak dengan mama dan papaku.Aku hanya tersenyum-senyum sekali sekala.Ye lah takut mereka tahu kami berdua berkawan.Tiba-tiba papa menyoalku.

'D , Armand ni satu kolej dengan kamu la.Kamu tak kenal dia ke?' 
Uncle Nizam dan aunty Yasmin memandangku.
Aku terkedu.tidak tahu apa yang perlu aku jawap.

'Eh,ye ke.Tak perasan pula uncle aunty dia satu kolej dengan saya.Saya duduk dalam bilik je bila habis kelas.Tak pernah pula sekelas dengan dia.'balasku.Armand menjengilkan matanya.

'Oh,ye ke.budak baik kamu ni.Am ni nakal sikit.'Kata aunty Yasmin.
tiba-tiba Armand membalas pula.

' Umi,ayah, Am rasa macam pernah nampak dia,tapi tak ingat di mana.Ye lah mungkin di kolej.Tapi dia sombong sikit. ' 

Aku memijak kaki Armand. Dia menjerit kecil.Semua di meja memandang kami.
' Sorry,tergigit lidah.'kata Armand.

Selesai makan, aku duduk di dapur mengemas apa yang patut sebelum menyediakan pencuci mulut untuk mereka.Sedang aku berkemas, Armand masuk ke dapur.

'Adia,happynya aku hari ni. Cerah peluang kita nak rapat.'
'ishhh,kau ni kan.Buat aku malu hari ni.' Adia mencubit lengan Armand.
Armand ketawa. Tiba-tiba mama masuk ke dapur. Armand bergegas mencari sesuatu.

'Aunty nak pinjam toilet.'katanya.
'Pergila, kat belakang tu.'Mama menunjukkan pintu toilet di belakangku.
Aku mengangkat pencuci mulut dan berlalu ke ruang tamu.
Mereka menjamah pencuci mulut tersebut dengan berselera sekali.Kata mereka sedap sangat.Armand lagilah.Buruk perangai, habiskan semua dessert yang tinggal dalam mangkuk tersebut dan boleh bergurau dengan ayah dan uminya.

' Umi,sedap betul triffle ni.Umi pinangla anak aunty untuk saya.' Selamba sahaja dia bercakap dengan uminya.
Uncle Nizam,Aunty Yasmin,mama dan papa ketawa besar melihat perangai Armand.Aku pula menunjukkan muka tidak puas hati kepada Armand.Annoying betul.

Mereka pulang hampir pukul 12 malam. Selesai berkemas aku naik ke bilik membersihkan badan dan baring di katil untuk tidur.Baru hendak terlelap, telefonku berbunyi.Aku menjawap panggilan Armand.

' Hello, aku nak tidur.Penat.'
'Adia,thank you so much.Such a wonderful night. Ini kira first dating kita secara rasminya.'Armand membalas.
'Bila masa pulak kita declare bercinta. Thanks sebab habiskan triffle tu tak tinggalkan aku sikit pun.' 
'i dont care.Aku dah cakap dengan umi surah pinang kau.' gurau Armand
aku mematikan telefon malas nak melayan cakap gila Armand.

 

 


No comments:

Post a Comment