Saturday, 23 August 2014

DBFA-Bab 8

Setelah sekian lama menanti surat tawaran belajar, akhirnya aku dapat meneruskan cita-citaku untuk berdikari dan merasai pengalaman belajar di luar negara. University of Wales.UK menjadi pilihanku.Walaupun cita-cita asalku adalah fashion designer, tapi aku ketepikan minat itu dan memilih jurusan architechure.lari dari bidang diploma.tapi disebabkan keputusanku cemerlang, aku layak untuk memilih bidang ini.

2 tahun  di sini, terasa seperti baru semalam sampai. teringat hari -hari terakhir di Malaysia.Armand tiba-tiba menjadi orang paling rapat denganku.bukan kerana terhutang budi dengan ayahnya, tapi kerana sikapnya yang kelakar dan melayan kerenah aku yang garang tak bertempat. tapi kami masih tidak mempunyai sebarang hubungan yang istimewa. 
saat aku mengetahui dia adalah anak kepada majikan papa, saat itu aku perlu menghormatinya dengan cara sedikit lembut.tidak lagi berkasar dan sombong tidak tentu pasal.malu juga kalau aku berterusan sombong dengannya.siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan dia.tapi satu perkara yang aku suka tentang dia ialah dia tidak berlagak dengan statusnya.

Sebelum berangkat ke UK, aku dan Armand bertemu.dan kelakarnya, jumpa di coffee bean tempat aku bekerja.katanya, di situlah pertama kali dia melihat Adia yang baru.mungkin sebab kekuatan aku berdepan dengan 2 orang manusia yang cetek fikirannya.

'D, tak sangka berapa hari lagi kau nak tinggalkan aku kan.' 
Arman tunduk menyedut minumannya. sesekali rambut depannya yang panjang jatuh menutupi mata.


'erm,ye la.sekejap kan.dan dalam tempoh sebulan ni, aku rasa dah banyak kali kita lepak sama.kau tak boring ke.' Tanyaku

Armand memandangku.wajahnya muram sedikit.
'kalau boleh setiap hari aku nak jumpa kau.' 

Aku tersenyum.

'Am, umur kita baru 21 tahun.banyak lagi benda kita kena kejar.rileksla Am.' ujarku.

'D, itu harapan untuk aku ke.' Armand sedikit terkejut.





aku tiba-tiba terfikir semula apa yang aku katakan pada dia.

'Eh, aku bagi harapan ke.kau boleh tunggu 3 tahun? kalau kau boleh tunggu, aku tak kisah.'Jawapku.

Armand tersenyum.'kalau 3 tahun,maknanya balik kita terus kahwin la.'

aku ketawa kecil. 'Am,Am,panjang lagi masa tu.3 tahun macam-macam boleh jadi'.

Armand mencebik.  


**************************************************************************************************************

Masa berlalu pantas. semester ke dua.cuti hari tu pun aku tak balik Malaysia, tapi ,menghabiskan masa di sini,cuci mata di negara orang.dekat sini, ramai student dari 

Malaysia, jadi aku tak perlu risau pun kalau dalam kesusahan.
hari ni, kelas separuh hari.jadi aku ada setengah hari untuk merehatkan badan dan minda.hajat aku nak ke kedai cupcake cantik dekat dengan rumah sewaku.kata Tia, rakan kelasku,cupcake situ sangat sedap dan halal sebab ownernya muslim dari Indonesia yang berkahwin dengan rakyat tempatan sini.

'tia, nak ikut aku pergi kedai cupcake tak?'

aku mencapai beg dan menyusun buku-buku yang berselerak di meja kuliah. 
'Tak boleh la dear.aku janji dengan prof nak discus pasal final thesis ni.' 
Tia mengemas beg dan kelam kabut tinggalkan aku sorang diri.
'Oi tunggula aku.'

Tia dah hilang dari pandangan aku.

Hiss si Tia ni.selalu macamni.tinggal aku sorang-sorang.nampaknya aku kena pergi sendiri. Angin sepoi bahasa meniup rambutku yang panjang.entah kenapa kali ni aku biarkan sahaja rambutku panjang mengurai.sayang pula rasa nak potong.mungkin imej Gadis tomboy dan kasar dah tak sesuai dengan umurku.haha..kelakar.baru 23 tahun.tapi macam dah matured sangat perangai.

Teringat Armand.kami jarang skype sekarang.mungkin masing-masing sibuk.rasanya last skpe dengan dia 4 bulan leaps.itu pun dia bising sebab aku jarang on Skype.dan dia bertambah bising bila dapat tahu aku tak Balik cuti semester.armand Armand, kenapala kau tak putus asa kan.


No comments:

Post a Comment